Tips Cinta : Uji Perasaan Si Dia

Rasanya Dah lama aku tak share tips kat sini kan? :D

Ok, Mari, Kali ni Kyuubi nak berbicara tentang cinta. hehe. Ok sebelum tu nak tanya korang, korang pernah tak jatuh hati pada seseorang tapi malu nak luahkan pada dia? Korang takut korang akan kena reject macam tu je? Atau korang tengah mengalaminya sekarang? Ok, kalau macam tu, Aku nak share sikit tips bagaimana mendapat cinta. :D

Perkara yang harus dilakukan adalah menguji perasaan mereka tu. Caranya tak lah susah sangat dan tak juga mudah sangat, cuma perlu membaca reaksi mereka terhadap kita!



Cuba belajar baca situasi. Cuba korang perhatikan sidia masa berjalan bersama atau menonton wayang bersama, Korang boleh lakukan ini dengan mengajak si dia menonton wayang pada hari tertentu, apa reaksi si dia. Teruja? tak suka? buat dek je?

Kalau tak suka dengan cara ni, cuba yang ni pula. Cuba perhatikan orang lain yang lalu lalang, tapi jangan berlebihan ok? Takut diorang fikir buruk pasal korang pula. Dan lagi satu, cuba puji rakannya di depan dia, dan cuba tunjukkan sedikit rasa kagum dengan rakannya tu. Dia jeles tak? ke tiba-tiba lepas tu, mood dia berubah? atau dia buat dek je?

Dari cara-cara ni, cuba selidiki reaksi dia. Dan dari cara ni juga korang tau samada dia suka kat korang ataupun tidak. Tapi jangan ingat kalau dia menunjukkan reaksi suka kat korang, belum tentu dia nak terikat sebagai kekasih korang, ok?

Kalau dah ada reaksi suka tu, langkah seterusnya ialah cuba fahami hati dan perasaannya. Cuba selidiki masa lalu dia. Namun jangan keterlaluan, cuba buatkan perkara tu pertanyaan biasa-biasa saja. Cuba juga ketahui bila kali terkhir dia mempunyai kekasih atau bercerita tentang kenangan pahit nya.

selidiki suasana hubungannya dengan kekasihnya yang lalu dan ketahui apa penyebab mereka berpisah. Tapi untuk ini, lakukan dengan santai ok? Cara ini akan membuatkan dia rasa lebih tenang dan terbuka. :D

langkah seterusnya ialah buat kejutan. Bukan korang sergh dia supaya terkejut. Ok? ok contoh ialah cuba berjumpa dengannya pada waktu yang tidak disangka-sangka. Tapi ingat, cara ni hanya sesuai dilakukan sekiranya hubungan korang dah mesra. kalau tak, mungkin boleh mengurangkan peluang korang mendapat cintanya. :D

contohnya, cuba berkunjung kerumahnya pada sebelah malam atau petang. Tapi dinasihatkan terlebih dahulu untuk mempersiapkan diri dan perasaan sebelum melakukan ini.

Beach Love Couple Silhouette Images

Ok, korang cuba tengok reaksi dia. Terkejut? Suka dengan kedatangan korang atau. Ehh, ada teman lain? Hah untuk inilah perlunya persediaan diri tu ok? dari sini korang akan dapat belajar banyak benda baru. :D

Kalau dah berusaha dan pelbagai cara dilakukan tapi masih menghadapi kesukaran, jalan yang lebih selamat adalah menganggap sidia sebagai kawan. Lebih baik berkawan daripada akhirnya tak dapat apa-apa pun kan?

Kata orang, kalau cinta tu, tak semestinya memilikinya tapi cukuplah sekadar melihat sidia bahagia. Betul tak? :D

ketahuilah, kalau hal diatas dilakukan, peluang untuk bertepuk sebelah tangan semakin kecil, kecualilah jika anda buta. :D

0 Komen: