Pele Cabar Lionel Messi

Entri Kali ni Khas Untuk Peminat Bola Sepak.

Rasanya tiada seorang pun peminat bola sepak yang tidak kenal Pele. Betul kan? Aku peminat bola yang tak berapa nak berminat pun kenal pele. Dia adalah legenda bola sepak dunia yang pernah menang piala dunia sebanyak 3 kali bersama brazil. Dia juga digelar Raja Bola. Sunggguh hebat dia ni kan sampai dapat gelaran macam tu.


Hah! Kalau korang baca akhbar metro keluaran ahad semalam, Si Pele ni pula mencabar Pemain muda Argentina, Lionel Messi untuk menjaringkan 1,000 gol sebelum Messi boleh dibandingkan dengan dirinya. Kata Pele, messi ni belum layak digelar pemain terbaik yang pernah ada dalam sukan bola sepak.

Kalau nak menandingi Pele, jaringkan dulu gol 1,000 dan keatas barulah layak. Kalau korang nak tahu, Pele menjaringkan gol sebanyak 1,280 dalam penampilannya sebanyak 1,363. Maksudnya hampir tiap perlawanan Pele akan jaringkan gol. Memang seorang pemain bola sepak yang hebat la Pele.


Namun Dia tetap mengagumi Lionel Messi dan berpendapat Messi ni memang seorang yang hebat. Rasanya ni dah cukup buatkan peminat si Lionel Messi ni senyum kambing. :D

Pele juga pernah meramalkan bahawa si Messi ni akan jadi pemain terbaik Dunia, dan memang betul pun. Beberapa tahun kemudian, si Messi dinobatkan Sebagai pemain terbaik Dunia fifa.

Dalam Konteks Bola Sepak negara kita, kenapa para pemain Negara kita tidak jadikan diorang ni sebagai sumber inspirasi dan berusaha lebih gigih lagi untuk memajukan diri dan meningkatkan mutu permainan. Tanamkan sasaran dalam diri. Jangan dah puas hati bila dah bermain untuk negeri atau kebangsaan. 



Dulu, pasukan bola sepak mampu mengalahkan Pasukan Korea sSelatan serta jepun, kenapa sekarang diorang dah pernah berkali-kali masuk piala dunia, tapi kita masih disini tak ada perubahan. Masih di tampuk yang lama. Nak salahkan siapa?

Cubalah tetapkan sasaran. Biar tinggi melangit. Kalau tinggi melangit pasti akan berusaha untuk mencapainya. Kalau pun tak tercapai, tapi pasti akan ada peningkatan.

Bak kata orang, aim for the sun, and you get the moon.

1 Komen:

PinkShoes said...

messi tu umur muda lagi..boleh kot sumbat gol 1000 ke atas..wait n see,...