Pak Cik Pengawal Yang Baik Hati

Apa pandangan korang terhadap pengawal?

Aku rasa tanggungjawab sebagai seorang pengawal sangat berat. Dari nama saja dah tau memang berat kan. Diorang mesti kawal keselamatan tempat dimana diorang bertugas. Kalau tak, mesti dipersalahkan kalau-kalau terjadi apa-apa.

 
Ok, aku nak ceritakan seorang pengawal ni yang berkerja dekat sebuah bank. Bank apa korang tak payah la nak tau ok? :D

So, pagi tadi, aku pergilah bank ni dengan hajat nak keluarkan duit. Biasalakan student, memang tak berduit. Kalau ada duit sikit dalam bank ke tabung buluh ke, mau saja dikorek semua buat belanja harian.

So, balik dengan pakcik pengawal tadi, Masa aku masuk saja dalam bank tu, pakcik tu dah tanya aku, "adik nak urus apa?" Dengan senyuman biarpun gigi depannya takde. :D

So, aku bagitaulah nak bagi keluar duit. Lepas tu pakcik tu siap bagi tunjuk jalan dan borang mana patut aku isi. Padahal, aku dah memang biasa pun keluarkan duit tu. Dalam hati aku kata "pakcik, aku dah biasa pakcik. Jangan risau"


Lepas tu, pakcik tu kata lagi, "nanti dah siap isi borang, saya bagi nombor giliran ok?" Aku mengiyakan je, sambil dalam hati "yalah pakcik, aku tau"

Tapi bila fikir balik, baiknya pakcik tu. Siap hulur senyuman lagi kat aku. Bukan macam orang lain yang kadang nak tengok pun tak. buat muka sombong adalah. cis! nasib tak hulur duit. hehe

Bersyukur lak aku bila aku fikir balik benda tu. Cuba bayangkan kalau aku berurusan untuk kali pertama, tak ke gelabah jadinya pasal tak tau apa-apa. tapi dengan adanya pakcik tu, kalau baru sekalipun, rasanya tak ada masalah nak berurusan. Mesra sangat pakcik tu tadi.

Betapa baiknya kalau semua rakyat Malaysia macam Pakcik tadi tu.

Terima kasih Pakcik!

7 Komen:

Berd said...

kahkahkah.

kau ni lambat la ubi.

pakcik tu syok kat kau tu.

wakakaka


<>__<>


terbaeklah kau.


woohhooo!

azuan said...

terharu aku bace ekeke~

aNiSa hANg tUaH said...

hehehe
baik betul pak cik tu
:)

Lepat Pisang said...

Baik hati budi pakcik tu..seharusnya semua rakyat harus mempunyai sikap sebegitu..

sI tEDI said...

eh! majoriti pengawal kat bank mcm tu lah.

dah macam kerani pun ada..

.::WaNiE::. said...

senang hati kalau dpt guard mesra alam mcm ni

maslinamansor said...

nak ambil kyuubi buat menantu kot... :)