Kenapa Orang Selalu Buat Apa Yang Aku tak Suka?

Mungkin aku ni lemah sangat kot. Selalu orang pijak atas kepala. Rasa macam diperbodohkan saja. Aku selalu kena macam tu.

Bayangkan bila aku nak bagi nasihat tu selalu taknak terima. Buat bodoh je. Buat main pula apa yang aku nasihat tu. Aku kata aku tak suka diperlakukan sedemikian, Aku kata tak suka buat macam tu. tapi buat juga. haih.

Tapi bila part bahagian dia orang, fuh bukan main. Kata tak suka kena buat macam tu, bila salah sikit, hah, habis aku dikerjakan. Apakah? Kalau aku nak buat ikut cara aku, habis aku. mesti ikut cakap dia orang sampaikan kata, "weh, ko ingat kitorang ni bodoh sangat ke?" adoi..

Bila dia orang kata tak suka macam tu pula, mesti tak boleh buat. kalau tak, macam nak kena bunuh je aku. Kata buat hilang mood la. habis aku tak hilang modd ke? Adoi..

Aku nak luahkan, takut pula. Dah pernah aku luahkan benda ni. Jadinya, gaduh tak habis-habis. Buang tenaga je.

Sedih hatiku.

10 Komen:

Yati said...

Kyu_ubi,
pedulik la dengan orang. Kalau orang macam ni, tak yah kawan pun takpe. Dok sorang-sorang pun lagi aman damai. :)

Afendy said...

hm.. rilek la ya. memang biasa ada manusia cenggini. Ish!

Kyuubi_85 said...

@Yati, ya, betul cakap kak yati tu. Biar duduk sorang2 baru ok kan kalau ada org cenggini. hish

Kyuubi_85 said...

@Afendy,ya fendy, aku tenang je. keh3

cikwanik said...

itu adalah pekara biasa lam khdpn..

wat x reti je la

xde sakit2 ati

Afendy said...

Sabar sabar je la.. Sabar tu separuh dari iman..

Kyuubi_85 said...

@cikwanik, setuju dgn cikwanik. :d perkara biasa la tu. tp hati tetap sakit. tkpelah. :D buat tatau je la :D

Kyuubi_85 said...

@Afendysabar2.. grrr.. ehem.. grrrr

FITRIHADI said...

sabar la bro..lain orang lain ragam..biar je si luncai..peace!

deus X machina said...

bersabarlah kyuubi