Kecewa? Tips Penawar Duka

Semua manusia rasanya pernah melalui kekecewaan dalam hidup. Siapa yang tak pernah rasa kecewa sila angkat kaki! :D

Perasaan kecewa mampu merubah kehidupan seseorang. bayangkan kalau rakan korang yang banyak cakap macam burung murai, bila dia kecewa, tiba-tiba menjadi pendiam dan pemurung.

Perasaan kecewa tidak harus dipendam. Menurut pakar, kekecewaan yang dipendam boleh menjadi penyakit. So, jangan ambil mudah benda ni ok.

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Namun ianya terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana mahu menyelesaikannya.

Hah, kepada yang sedang berduka atau kawan korang sedang berduka, cuba lakukan beberapa tips penawar duka ni.



1. Cuba luahkan masalah kepada sahabat karib yang boleh dipercayai.
Dengan cara meluahkan kepada seseorang, perasaan tertekan dapat dikurangkan. Kalau pun tidak dapat diselesaikan, sekurang-kurangnya ianya dapat diringankan. Tapi ingat, cari rakan baik yang benar-benar korang boleh percaya. takut nanti lain pula jadinya kalau korang ceritakan masalah korang pada orang yang salah.

2. Berdoa
Satu-satunya jalan untuk menenangkan diri ialah berdoa kepada sang pencipta. Luahkan segalanya kepadanya dan pohonlah ketenangan jiwa daripadanya.

3. Belajar terima Keadaan
Cuba belajar untuk menerima keadaan. memang payah nak buat ni, namun ianya boleh dicuba. Mungkin mustahil untuk kita mengubah sesuatu, tetapi tidak mustahil jika kita cuba untuk menerima benda tu. betul tak?

4. Cuba berfikiran terbuka.
Mungkin orang yang membuatkan korang kecewa tu tidak berniat menyakiti korang. Oleh itu,  cuba berfikiran terbuka sikit. Cuba ubah situasi dan masalah yang wujud sebagai batu loncatan supaya terus berusaha melakukan yang terbaik untuk diri sendiri.


5. Belajar memaafkan
Memaafkan tidak semudah yang disangka. Hanya dengan ungkapan kata-kata belum tentu kita benar-benar telah memaafkan. Terdapat dua benda yang kita perlu lakukan dalam hidup untuk hidup lebih tenang iaitu melupakan kebaikan yang telah kita lakukan kepad aorang lain dan melupakan kejahatan orang terhadap kita.

6. Belajar menghargai orang lain.
perasaan kecewa kadang -kadang timbul apabila kita merasa bahawa kita tidak diperlakukan sebaik dan seadil mungkin. Namun cuba ubah keadaan ini dengan belajar menerima orang lain dengan maksud untuk menolong orang lain tanpa mengharapkan balasan. Ianya seperti satu tindakan yang merugikan tapi percyaalah, kita akan merasa benar-benar wujud dan lega setelah melakukannya.

Dengan semua tips ni, diharap ianya dapat membantu mereka yang yang sedang bermurung. Mungkin ianya tidak dapat menyelesaikannya namun sedikit sebanyak dapat meringankan beban kita.

Namun, ingatlah. Kita sentiasa mempunyai dia, sang pencipta untuk kita menghadap sekiranya semua yang kita lakukan menghadapi jalan buntu.

0 Komen: