Jom Tengok TV3 Online



Teknologi sekarang dah maju. Kalau dulu, takde tv nak tengok. Dan bila ada tv, mulanya hitam putih punya versi tu.

Aku masih ingat lagi dalam tahun 80an ayah aku beli tv hitam putih tu bawa balik rumah. Aku punyalah main gembira. yelah, kan dapat tengok tv. Siapa tak gembira. Lagipun masa tu masih budak hingusan lagi. :D


Lepas tu keluarlah pula versi televisyen skrin berwarna tu. Tapi skrin tetap besar dan berat. Kalau ko tak kuat, mau nak terberak nak angkat benda tu seorang-seorang.

Harga pun mahal lagi masa tu. Orang yang banyak duit je dapat beli.

Dan bila masa berarak menuju kedepan, keluarlah berbagai-bagai jenama tv. Harganya pun makin murah. Kalau dulu, guna teknologi CRT atau Cathode Ray Tube. Sebab tu la besar skrin. Sekarang pula guna LCD atau Liquid Crystal Display. Nipis je skrin. Ringan je nak angkut sana sini.

Dan seiring dengan teknologi, sekarang tengok tv pun boleh online je. Aku baru tau benda ni. Mungkin korang dah lama tau ni. Tadi aku chatting lah dengan si Amirah ni dekat Facebook. Pastu dia bagitau aku boleh tengok Tv3 online. aku pun cubalah. Dan, haha. Memang boleh. Aku dah dpaat tengok tv3 secara online! :D

Pada siapa yang tak tau lagi macamana nak tengok TV3 online, korang p je kat Website TV3 ni. Lepas tu carilah button register. Dah register, tunggu email dari TV3 untuk link account activation. Lepas tu, dah boleh tengok TV3 online :D



Memang menyenangkan? :D tak susah, lebih-lebih lagi untuk aku yang tinggal kat kolej ni. Tak payah nak ada tv. Cukup dengan laptop dan internet, aku dah tengok tv. hehe.

Teknologi membawa kebaikan kepada manusia, tapi kadang-kadang teknologi membawa bencana kepada manusia. 

2 Komen:

Anonymous said...

dah register tp still x bole nk tgk online. atau aku ni x reti nk wat camne. tolong...

Kyuubi said...

@Anonymous
lepas register, tengok pada link paling atas sudut sebelah kiri. klick pada coming up on tv 3. boleh tengok online program yg sedang ke udara. Kalau nak tengok program yg dah lepas kene cari program tu. fyi nak tengok mesti register dan login pada tonton.com.my

harap dpt membantu :)