ETR 300 yang memberi tekanan

Macam yang aku pernah coretkan disini beberapa waktu yang lalu, aku sedang on my way in creating a business proposal. Hari tu pun aku p melawat membakut sabah kerana ada beberapa tugasan untuk aku siapkan rancangan perniagaan untuk subjek ETR 300 tu. huh! memang tekanan nak siapkan benda alah ni. dah aku ni bukan business student. kalau aku study business, mungkin aku dapat terima juga. Tapi aku ni tak pernah exposed to business punya subjek. tetiba je kena buat rancangan perniagaan. Tak ke bingung tu?

Tapi syukurlah, dapat juga siapkan benda ni. Dan dah pun present semalam dekat panel tu. Takut kitorang kena tembak bertubi-tubi dengan panel tu. Tapi nasib juga lah tak kena tembak habis-habisan. Kalau tak, nangislah aku dalam tu. 

 Ni la group etr aku. Kesian terpaksa makan dalam kelas demi siapkan benda ni.

Panel tu pun ok, sporting. Tak jahat. huhu. Mungkin nasib aku lah kali ni panel tu ok je. Lagipun sorang je panel tu. Kalau berteman, tak tau lah apa nak jadi.

semua yang dah habis present rasa lega. Semua orang dah boleh senyum.


Tapi, yang belum present kesian. Penat menunggu. kesian dengan Si Suhaino ni.

Tapi akhirnya selesai lah juga. Nasiblah sepanjang kami menyiapkan tugasan ni, lecturer yang kami dapat is the best. Thanks to mr Franklin Hazley Lai for his guidance. Seorang yang sporting dan sungguh dedikasi membantu kami. mana taknya, pas habis kelas terakhir dalam jam 6 petang macam tu, dia terpaksa berdepan dengan kami lagi sehingga jm 8 atau 10 malam bila kami perlukan bantuan dia. Bertuah sungguh kami dapat lecturer macam dia ni.

Hah, ni la dia lecturer kami yang banyak membantu dalam menyiapkan
Business plann tu. Comel kan? hehe. Sori sir, aku curi gambar facebook tanpa kebenaran. :D
Sir memang paling best.

Tapi, yang paling best bila dia belanja kitorang pas habis presentation semalam

Selepas semuanya selesai, makan ramai-ramai di KFC. best! :D
Orang berbaju merah tu adalah panel yang buat assessment on our business proposal. :D

Akhirnya semuanya dah selesai. Tekanan pun dah berakhir. Kepada semua orang, tahniah kerana dapat menyiapkan kerja kita dengan jayanya. Thanks juga pada my group, group belacan yang bertungkus lumus siapkan business proposal kita tu. huhu. Tahniah kepada kumpulan lada epal kerana berjaya jadi kumpulan terbaik dan kepada Hasmah Ashmar, ko yang terbaik sebab dapat jadi presenter terbaik.

Pasni, final exam sedang menanti. huhu

0 Komen: