Disqus VS Intensedebate

Kalau korang perasan, baru-baru ni aku dah tukar lagi comment system blog aku ni dari disqus ke intensedebate. Dulu ada orang komen kata lebih baik pilih antara 2 ni, disquss dan intensedebate supaya senang nak reply komen korang. Aku pun setuju juga sebab dulu, masa aku masih guna blogger.com comment system, bengong aku nak reply komen ni. Tapi lepas aku tukar comment system, senang skit nak reply komen.


Disqus Comment System

 

Comment system pertama yang aku guna adalah disqus. Memang senang nak reply komen, tapi aku ada masalah dengan comment system ni. Loading time benda ni aku rasa slow la. Dan lagi satu, masa aku nak post komen memang lambat sangat. Lebih-lebih lagi kalau internet connection memang slow. Disqus juga bagi load time blog aku tambah slow. So, aku tukar Disqus ni.


Intensedebate Comment System

So, lepas guna Disqus, aku beralih la pula pada intensedebate comment system. aku nak cuba sesuatu yang baru dengan intensedebate ni dan tengok apa yang intensedebate boleh bagi kat blog aku. Dan dah beberapa hari aku pasang comment system ni kat blog picisan ni.


Disqus Vs Intensedebate


Lepas menggunakan kedua-dua comment system ni dan buat perbandingan, aku lebih sukakan intensedebate. Walaupun fungsi kedua-duanya adalah sama, namun ada beberapa faktor yang buatkan aku lebih sukakan intensedebate daripada Disqus.

Antara kelebihan intensedebate berbanding Disqus selepas aku menggunakan kedua-duanya adalah loading time intensedebate lebih baik dari disqus. Walaupun tetap lambat, namun jika dibandingkan dengan disqus, intensedebate load time cepat sedikit.

Terdapat juga widget yang best dengan intensedebate ni dan benda ni dah lama aku cari,  iaitu comment luv. Yang ni best sebab widget ni boleh bagi backlink pada pengomen. Benda ni baik untuk kesihatan blog. haha

Dan faktor  terakhir yang memikat aku ialah ianya kelihatan cantik. Boleh customize warna, dengan buttonnya sekali boleh ditukar. pergi je kat dashboard akaun intensedebate, pastu dah boleh tukar ikut kemahuan.


Sebagai kesimpulan, Disqus dan Intensedebate ada kelebihan masing-masing, namun bagi aku, aku lebih sukakan intensedebate.

Korang dah cuba ke comment system ni? So pendapat?


p/s sebenarnya aku nak tukar balik kepada blogger.com comment system tapi aku takut ada yang tak kena nanti. Comment beberapa poast yang guna disqus dah hilang. Aku takut kalau aku tukar, lebih bnyk lg yang akan hilang.

0 Komen: