Destinasi Sabah : Lembah Danum

 
 
Entri Kali ni aku nak promote negeri tanah tumpah darahku. Hari tu dah lawat Membakut, Tunku Abdul Rahman marine Park, Kg Sukau kan? Kali ni jom lawat Danum Valley pula. :D

Negeri Sabah Di bawah bayu sebenarnya kaya dengan hasil hutan serta tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Sebut saja sabah, mesti terbayangkan gunung kinabalu, gunung yang tertinggi di malaysia atau Pulau Sipadan, antara tempat menyelam yang terkenal di seluruh Dunia.

Kali ni aku nak cerita satu lagi tempat yang best di Sabah iaitu, Lembah Danum atau orang Puteh panggil Danum Valley. Korang pernah dengar tak nama lembah danum ni?



Mungkin ada yang belum pernah dengar lagi nama ni. Sebenarnya Lembah Danum ni terletak 70 km dari daerah Lahad datu Sabah. Lembah Danum ni meliputi kawasan kira-kira 438 km persegi. Luas kan?
ni adalah peta kedudukan Lembah Danum di Sabah

Apa sebenarnya istimewanya Lembah danum ni?

Sebenarnya, lembah danum a.k.a Danum Valley ni adalah satu tapak konservasi atau tapak pemuliharaan hutan. 

Kalau korang nak tahu, lembah danum ni terkenal dengan alam semulajadinya. Terdapat banyak binatang liar termasuklah Gajah yang terkecil di dunia iaitu Borneo Pygmy elephant, badak sumatra, bermacam spesies monyet, burung dan banyak lagi hidupan liar yang korang boleh jumpa disini.

Ni gambar monyet yang ku sempat snap, tapi tak terang. Sorry, biasa la  kamera murah.

Tapi, kalau korang bernasib baik barulah dapat jumpa dengan Borneo Pygmy elephant ni. Memang susah nak jumpa haiwan ni. Aku hanya sempat jumpa berak gajah ni di sepanjang jalan masuk ke lembah danum.

menurut renjer hutan yang mengiringi kami masa lawatan, ada juga beruang kat tempat ni. huh! menakutkan juga eh?

Ni pula adalah sungai air tawar, dikenali sebgai Sungai Segama.

Banyak spesies hidupan air tawar hidup di sungai ni. Rasanya dalam berpuluh spesies kalau tak silap  Ada juga pegawai yang bagitau, tapi aku dah lupa.


Ni pula adalah bunga liar yang boleh dijumpai.

Bunga liar boleh dijumpai dengan banyak di sini. Ada juga orchid trail yang disediakan. sepanjang trail tu terdapat banyak bunga orkid, samada tumbuh liar atau ditanam. Memang menarik.

Dan untuk pengetahuan semua, terdapat kubur purba ditemui disini. Keranda yang ditemui diperbuat daripada kayu bulat. Terdapat juga tulang manusia dikawasan penemuan kubur purba tersebut. Mungkin dah lama kan, so banyak yang dah reput keranda tu. masa aku lawat tempat ni, aku teringin sangat nak pergi kawasan tu tapi tak sempat pula. huhu

Banyak aktiviti yang boleh dijalankan disini, termasuklah night walk atau night safari. Korang akan dibawa menjelajah tempat ni di waktu malam ke tempat yang memang dah dikhaskan untuk aktiviti ini samada dengan menaiki kereta atau berjalan. pilihan korang.

 Sepasang Burung kami jumpa sedang bercinta ditengah malam. hehe

Hah! tapi jaga dengan benda ni. Pada siapa yang geli dengan benda ni, aku nasihatkan sebelum korang masuk hutan, pakailah stokin pacat terlebih dahulu atau sapukan minyak cap kapak pada kaki korang. Kalau tak, jadi lah macam ni.


Bestkan tempat ni? :D Sabah memang kaya dengan sumber alam semulajadinya. Namun menjadi kebimbanganku kini akibat kerakusan manusia mengejar wang ringgit, sanggup dimusnahkan alam demi kepentingan sendiri.

Diharap agar pihak yang sepatutnya dapat menjaga tempat ni agar dapat dipelihara dan dipulihara untuk generasi akan datang.

3 Komen:

billy^puff said...

u stay there b4?

billy^puff said...

u stay there b4?

Kyuubi said...

@billy^puff
I've been there for my course work :)