Demi Gengblogger, Aku buka Facebook

Boleh tak aku cakap demi Gengblogger aku buka facebook?


Kalau korang nak tahu, sebenarnya dulu, aku tak pernah teringin nak buka akaun Facebook walaubagaimana Famous pun facebook tu. Semua sibuk member cerita pasal facebook, mafia Wars la, Farmville dan macam-macam lagi. tapi hati ini tak pernah goyah nak buka akaun facebook.

Aku terfikir, buat apalah aku nak buka akaun facebook tu? Macam dulu-dulu masa friendster tu laris sangat, aku pernah gila dengan friendster. Tapi tak sampai setahun aku dah bosan. Dah bertahun aku tak cek akaun friendster tu hingga ke saat ini.

Tapi niat nak buka facebook tu bermula apabila banyak blog sibuk cerita pasal gengblogger. Bestlah, nal cari kawanlah dan yang paling ramai kata traffic  mencurah-curah macam hujan. Aku nak juga try benda ni. Yalah kan, blog budak hingusan ingin tampil ke dunia, perlu ada platform untuk melonjakkan nama blog.
 Dia ni pun stress sebab tak dapat login Gengblogger

Tapi bila aku buka gengblogger tu, hanya satu yang aku jumpa. Facebook login. aku pelik, puas aku geledah muka depan Gengblogger punya web tu aku tak jumpa satu benda apa pun nak login kecuali facebook login tu. Kecewa hatiku. Dahlah tak minat dengan facebook, nak kena login guna facebook pula.

Tapi sebab nak sangat join Gb ni, lepas beberapa minggu aku putuskan nak buka akaun facebook. barulah aku dapat login gengblogger tu. Kalau tak, sampai sekarang aku takkan pernah join gengblogger ni. Dan syukurlah, dapat la juga traffic sikit dari gengblogger ni dalam 10 unique visitor sehari. ok la kan daripada takde :D

Sebab tulah aku ada akaun facebook dan dapat join gengblogger ni :D

So, pada siapa-siapa yang belum join gengblogger ni, jom ramai-ramai join. Boleh jumpa ramai blogger kat sana. Kalau nak, korang klik je banner gengblogger tu. Aku copy paste je, malas nak buat. ehehe.

Dan siapa-siapa yang sudi juga dipersilakan untuk add aku dalam facebook ye? :D Klik je gambar facebook dalam sidebar tu :D

Berkawan biar seribu.

5 Komen:

azuan said...

kalau masuk awal3 dulu~ tak yah pkai FB hehe.

Hazzy Ishak said...

bukan ke dorang nak mansuhkan login FB tu, tapi tatau bile...
cuba baca kat sini Tak perlu login FB untuk akses GB

Hazzy Ishak said...

sebab aku pun ada masalah sama jugak

.::WaNiE::. said...

selamat datang ;)

luvly mya said...

saya dah takley bukak GB pulak..takde button login..cane..ahaha