Cerita Budak nakal

Korang masih ingat tak zaman kanak-kanak? Ke dah lupa? :D

Bila teringat zaman kanak-kanak dulu, mesti aku tersenyum sendiri. Banyak benda dah berlaku kat diri aku masa kecil dulu. sedih, gembira, sakit dan macam-macam lagilah. Bila dah besar, zaman kanak-kanak ditinggalkan dan bermulalah kehidupan yang sebenar kat atas dunia yang fana ni. Dulu mana pandai fikir sangat.


Pernah sekali bila aku dah masuk sekolah menengah, aku tanya kat mak, " mak, rupa nenek macamana? siapa nama dia?"

Yala, kan aku tak sempat jumpa nenek dan atuk belah bapa. Semua dah takde masa aku lahir kat dunia. Yang ada nenek dan atuk belah mak je. Diorang masih ada sampai sekarang. Tu pun dah tua. Tapi masih kuat mengalahkan budak remaja. :D

So, mak aku jawab soalan aku tu, dan yang paling aku ingat dia bagitau kat aku, sebenarnya masa aku masih kecil, masih sempat jumpa kat nenek belah ayah. tapi aku dah tak ingat. Dan katanya lagi, masa aku dah umur lebih kurang 2 tahun, nenek sakit.

Dah tu aku pula nakal nak kacau nenek aku tu. Dulu tinggal kat kampung, rumah buat dari papan. Pastu ada sikit lubang kat lantai tu. Hah, masa tu, kalau aku nampak nenek aku duduk atas lantai tu, aku ambik kayu pergi cucuk kat nenek aku. Jahat kan aku?

Tapi nenek dah takde. Hari tu aku jumpa sijil kematian nenek. Dan dalam tu kata nenek pergi pada usia 45 tahun. Muda kan? Dan disebabkan kanser perut. Aku tak ingat pun peristiwa tu. Masih kecil sangat kot.

Pernah juga sekali tu aku bergaduh dengan adik aku. Masa tu, mak buatkan kami mainan. Dan mungkin dia jeles kat aku, diambil sebilah parang buruk, pang kat atas kepala aku. Apa lagi, berdarah kepala aku masa tu. Apa taknya, adik aku tetak kepala aku tu. Nasib saja parang buruk. kalau tak, mungkin korang takkan membaca penulisan aku ni. huhu.


Kalau korang nak tengok, bekas luka tu masih ada lagi hingga sekarang, tapi dah tak terang macam dulu. kan dah tua, badan pun dah banyak berubah. haha :D

begitu banyak benda yang berlaku masa kecil-kecil dulu. tapi itu semua cerita budak kecil yang nakal. Sekarang dah besar panjang, dah pandai berfikir mana yang buruk dan mana yang baik.

Sekarang dah pandai merasa kesusahan hidup didunia ini. Kalaulah nenek aku tu masih ada sekarang kan bagus.=)

Ok, rasanya setakat ni aku cerita zaman kanak-kanak aku. Lain kali aku share lagi cerita kanak-kanak aku :D

Korang masa kanak-kanak nakal tak?

11 Komen:

p3perak said...

weii.. mne disqus ko??

p3perak said...

Ohh.. aku 1st yerr..
terharu rasa..

Kyuubi_85 said...

@p3perak, aku dah buang benda tu. buat masalah kat blog murahan ni je. huhu

p3perak said...

aku pernah main pisau dgn adik2 aku.. punca 1 je, dia tak puas hati dgn aku.. nasib baik tak berbunuh je..

tp, bila kami semua merantau, dOk jauh2.. sekali sekala balik umah, kami berkumpul, sembang2.. tak gduh cm dulu.. sume tu kenangan..

bro, ko hilang mne??

p3perak said...

weii.. ko wjud ke??
nasib baik aku tak buat onar..
laju je ko reply..
hehehe

Kyuubi_85 said...

@p3perak aku tgh tengok apa yg ko tulis kat sini skrg ni. hahaha

p3perak said...

apa yg ko nampak??

hiro said...

pernah main senapang kayu bro?

Kyuubi_85 said...

@hiro, haha. selalu main masa kecik2 dulu. siap buat bunyi lagi n masuk dlm semak main mcm tentera. haha.

papabear said...

yang nakal dapat lebih byk experience dari yg baik2... heheheh

belacan89 said...

haha...dasar jg ko ni nakal zaman budak2