Bersiap Sedia Perang Besar Akan Bermula

Peperangan dah nak bermula. Dan sebelum pergi berperang, siapkan segala keperluan. Kalau Zaman kegemilangan Melayu Melaka, Hang Tuah dan rakan-rakan seperjuangan pasti sedang mengasah keris, lembing, tombak, parang panjang, parang pendek dan segala macam parang yang wujud pada masa tu.


Kalau masa Si George Bush menyerang Afganistan dan Iraq pula, mesti tengah siapkan kereta kebal, peluru berpandu, peluru tak berpandu, Senapang yang patah dan tak patah, riffle M-16, grenade launcher, dan bermacam-macam lagi launcher dan senapang yang ada. Dah zaman tu takde orang guna parang nak berperang kan?

Aku berperang bukan macam diorang ni ok

Dan esok aku akan berperang. Bukan ke medan perang angkat Riffle M16, atau keris taming sari, Tapi angkat pen mata bola, berserta pembarisnya, pemadam dan segala keperluan perang aku ni. haha Aku akan berperang dalam dewan peperiksaan!

Lebih kurang nilah yang akan aku bawa esok

Esok aku akan berperang dengan First paper exam aku iaitu entrepreneurship. Mesti korang dah baca kan, aku dah berkali-kali mention benda ni kat sini. hah, p baca masa aku pergi melawat membakut pasal subjek ETR ni dan presentation ETR300 aku hari tu.

So, harap segala yang aku dah baca akan aku ingat semasa menjawab exam esok. Kalau tak matilah aku!!

p/s esok nak exam sempat lagi update blog. haha. malam ni akan jadi malam yang paling panjang. Aku takkan tidur supaya dapat baca habis nota-nota aku.

0 Komen: