Amerika Lancar Pesawat Rahsia Ke Angkasa Lepas

Memang semua orang tahu tentang Amerika ni. Diorang ni nak control semua benda, tak nak ada orang lain mendahului mereka. Nak jadi yang nombor satu.

Tengok jelah, dalam hal senjata nuklear tu, diorang mati-mati nak negara lain berhenti mengeluarkan senjata nuklear. Tapi tengoklah, negara mana yang keluarkan senjata pemusnah besar-besaran atau dalam bahasa orang putehnya, Weapon Of Mass destruction? fikirkan sendiri.

Dan diorang lancarkan lagi sebuah kapal angkasa lepas rahsia tanpa juruterbang dari Pangkalan Tentera Udara Cape Canaveral Florida, kelmarin.

Misi dan fungsi kapal angkasa X-37B ni  dirahsiakan namun pakar memberitahu, ia dilancarkan dengan tujuan untuk meningkatkan pembangunan dalam sistem sokongan peperangan dan persenjataan.
 
Gambar Pesawat tersebut sedang berlepas

wah, sampai nak lancarkan kapal angkasa? Apa sebenarnya diorang nak buat tu?

Penolong Setiausaha Sistem Angkasa Lepas Tentera Udara AS, Gary Payton juga menyatakan yang itu hanya kapal biasa namun menyembunyikan tujuan sebenar kapal angkasa itu.

Kan, dah terang sangat dah tu diorang ada agenda dengan kapal tu. semua orang pun tahu sikap negara tu kan?

Harga kapal tu pun berjuta dollar, tapi sanggup juga nak belanjakan duit hanya nak bina kapal tu. Mesti diorang ada kepentingan dengan kapal tu. Harap ianya bukan sesuatu yang akan memberi kesan pada semua.

Sumber Kosmo Online.

0 Komen: