Tips Bagaimana Untuk Mendapat Tidur Yang Lena

Sejak beberapa hari ni korang tidur lena tak? Kalau lena, baguslah. Kalau tak, teruskan membaca kerana aku akan share tips bagaimana untuk dapatkan tidur yang lena. Ok?

Tidur itu sebenarnya adalah satu kenikmatan yang percuma. Sebabnya? Kerana kita tidak perlu membelinya. Maka tidak hairanlah kalau ada orang memilih tidur itu sebagai hobi atau untuk melupakan beban dan ketegangan fikiran. Namun terdapat segelintir orang yang mengalami masalah untuk tidur. Kalau yang tak dapat tidur dek gangguan nyamuk tu aku tak hairanlah.


Sebenarnya, masa tidur yang tidak menentu turut menjadi punca seseorang itu sukar untuk tidur. oleh itu jangan ubah waktu tidur anda dan jangan biarkan masa tidur anda kurang. Masa tidur yang cukup adalah diantara 4 hingga 8 jam sehari. ni adalah penting untuk memastikan tubuh anda segar apabila anda bangun keesokan hari. Jadi, kepada yang sukar untuk tidur, disini ada beberapa tips yang anda boleh ikut untuk mendapat tidur yang cukup.

1.Minta kebenaran diri sendiri untuk tidur.
Kadangkala, ketika kita berhadapan dengan tugas yang banyak, ianya membuatkan kita sukar untuk tidur. Ini kerana kita asyik memikirkan tugasan kita tu.Apa kata minta kebenaran dari diri anda untuk tidur. Anda ingatkan diri anda bahawa anda harus berehat demi diri anda. Biarkan diri anda dalam keadaan yang tenang. Anda pasti berterima kasih terhadap diri anda jika anda dapat tidur yang cukup dan berkualiti.

2. Buatlah rutin tidur
Cuba lakukan tugas yang sama setiap malam sebelum masuk tidur. Contohnya membaca buku 30 minit sebelum masuk tidur. Dengan berbuat demikian, kita memberi isyarat kepada tubuh supaya bersiap untuk tidur.

3. Pastikan tempat tidur anda selesa.
Cuba pastikan anda dalam keadan yang paling selesa bagi anda. Suasananya, jenis alas tidurnya. Sebenarnya, keselesaan tempat tidur ni bukan sahaja bergantung kepada jenis alas tidur tetapi juga merangkumi suasana tempat tidur anda seperti sejuk, gelap dan jauh dari bunyi bising yang akan menggangu tidur anda.


4. Senaman yang teratur.
Senaman yang teratur dapat meringankan ketegangan diri. Tanpa perasaan tegang dalam diri, pasti tidur pun lena kan? Namun cuba elakkan senaman menjelang waktu tidur kerana ketika kita bersenam, darah akan beredar ke seluruh badan. Ini akan menyukarkan kita untuk tidur. Elakkan juga senaman yang melebihi kemampuan badan. Nanti bukan sihat yang kita dapat tetapi mudarat yang datang.

5. Usahakan tidur yang teratur
Cuba usahakan untuk tidur pada waktu yang sama dan bangun pada waktu yang sama  setiap hari. Ini akan melatih tubuh anda untuk tidur apabila sampai waktunya. Jam biologi anda sudah setkan masa tersebut untuk tidur. Jadi, apabila anda masuk tidur, tidak akan ada sebarang kesukaran untuk anda untuk tidur kerana tubuh anda sudah dilatih untuk tidur pada waktu itu.

6. Elakkan meminum minuman yang mengandungi kafein
Cuba elakkan dari mengambil minuman yang mengandungi kafein pada waktu malam, terutamanya kopi dan nescafe. Seperti yang semua tahu, kafein merupakan sejenis dadah yang menggangu sistem otak dimana kesannya lebih kurang sama dengan heroin dan kokain. (sila baca sini untuk lebih lanjut. Kafein dan sini How Caffeine affect us)

7. Jauhi rokok dan alkohol
Amalkan gaya hidup sihat. Kebanyakan perokok memerlukan masa yang lama untuk tertidur dan kadangkala sering terjaga di tengah malam. Meminum alkohol sebelum tidur pula akan membuat anda mudah terjaga.

Masalah sukar untuk tidur ni sebenarnya boleh diatasi dengan mengamalkan cara yang betul. Jangan terlalu cepat untuk megambil ubat-ubatan untuk mengatasi masalah ni. Cuba ikut tips-tips yang diberikan. Namun jika tidak berjaya, lebih baik untuk anda terus berjumpa pakar perubatan kerana mereka lebih tahu apa yang perlu dilakukan.
Semoga tips-tips ni berguna untuk semua. Selamat mencuba!

25 Komen:

deus X machina said...

1st???

deus X machina said...

aku dapat tido 6 jam pun sudah memadai

MrRollies said...

huhu..
saya selalu x lena tido..
nice tips..

Amanina said...

selalu sangat terlebih tidur. adehh

Nazz@Purple said...

tip yg bagus..tak penah nazz dpt tido ikut mase 2 yg teratur..tido ikut dan je..kadang2 tido kat kusyen tau kat ujung katil..

Amirah Rashid said...

akhir2 ni selalu tidur lmbt
adeh
lps ni kena la betulkan waktu tidur
thanks for the info btw :)

zaizax said...

hee,aku skrg tido pg2 pkul 6..tido sgt2 x teratur skrg ne..uish cpt la muka aku berkedut..ahha
cara lain nak cpt tido ? goyangkan kaki anda sblum tido, lebih kurang therapy diri la tu, xpon lyn music yg slow gilak tu..confirm tido cepat

Si Panda said...

tidur tak elok lama2 otak jadi lembap.. hehehe.. tapi suka minum nes kalau buat kerja.. so malam2 langsung tak leh tido.. hahaha

Kyuubi_85 said...

@Deus X machina,

bagusnya.. its depends pada org juga berapa lama tidur tu cukup.. aku mesti 8jam ke ats baru ok..

Kyuubi_85 said...

@MrRollies,

thx.. kalau ada tips yg bagus apa slhnya share kan? anyway moga berjaya mengatasi mslh tidur tu..

Kyuubi_85 said...

@Aminah,

terlebih tidur pun x baik tau..

Kyuubi_85 said...

@Nazz,

cubalah tidur ikut masa yg teratur..

Kyuubi_85 said...

@Amirah Rashid,

hah, betulkan jam biologi anda.. dont messed up with it.. huhu

Kyuubi_85 said...

@Zaizax,

wah, ko tido jm6 pagi? gila ah ko ni..

Kyuubi_85 said...

@Si panda,

kalau boleh, kurangkan la minum nescafe tu.. x baik sgt if terlebih minum..

bab tido lama tu aku stuju... xbaik sgt tido lma2..

FaTiN said...

baca pasal tido buat mata aku mengantuk. sekarang dah pukul 4.14am.

kalau kantoi dgn mak aku belum tido lagi ni mati la aku haha

Kyuubi_85 said...

haha... g la tido.. :D

Amalina Omar said...

hehe.. tips yg bgus.. tp tgk la.. ni br nk tido.. huhu ini tidak bagus.. :(

sayaBerd said...

keje ko nk tido je.
cube la kemas2 sket toilet kita tu
wakaka

I_Hate_Lolipop said...

skrang aku rasa nak tido, leh?

belacan said...

huhu...aku tiap hari terlebih tdo... tp sampai satu tahap yg bizi gila... tak tdo lansung pn pernah...adoi...

zulaikha said...

alahai.. comelnya baby ni tidur...

feelinblue said...

ske gak entry neh...
huhuhuhu
lambat lagik aku komen..
adoi..

tp nk komen gak.
sbb aku ske tdo!
hehe

aku tak kesah asal ada bantal.
letak jer pala.
konfem!
lena...
hehe


aku ske tido tp xske bgn tido!!

dotblogspotdotkom said...

nak tido yang berkualiti...bukan kuantiti tido.... huhuhuhuhu

PuRple LOvely Jane said...

COmel nyer.. muaahhhh...!