Filem Review : Under The Mountain

Korang dah tengok ke cerita under the mountain ni? Mungkin aku dah terlambat sebab filem ni dah lama show kat cinema. Baru kemarin aku pergi tengok wayang dengan gf aku. Dan disebabkan kami nak tengok cerita yang paling awal habis, kami decide nak tengok filem ni. Lagipun dah tak ada lagi filem lain yang ada show lebih awal dari ni.  Ada pun tak menarik minat kami. So, decide tengok yang ni je la.


Ok, sebenarnya filem ni mengisahkan tentang 2 beradik kembar yang boleh berkomunikasi sesama sendiri melalui kata hati, Theo dan Rachel. Pada mulanya hubungan mereka baik-baik saja tetapi segalnya berubah apabila ibu mereka meninggal dalam 1 kemalangan. Si Theo menjadi seorang penyendiri dan tidak menghiraukan kembarnya walaupun kembarnya, Rachel sentiasa memerlukannya. Dan selepas Ibu mereka tiada, mereka telah dihantar untuk tinggal bersama makcik mereka kerana ayah dorang mahu bersendirian ketika itu.

Semuanya bermula selepas mereka tinggal dirumah makcik mereka. Pada suatu hari, adik beradik kembar tu perasan terdapat sebuah rumah lama yang berada tidak jauh dari rumah makcik mereka tu. Dan lagi 1, mereka terbau sesuatu yang kurang enak dan mereka mengesyaki bau tersebut datangnya dari rumah tersebut.


Dengan perasaan ingin tahu, si Rachel telah pergi ke rumah tersebut seorang diri. Malangnya, semasa berada di sekitar rumah tersebut, rambutnya tersangkut pada sebatang ranting kayu dan beberapa helai rambutnya telah tersangkut pada pokok itu.




Dari sini, bermula la pergelutan mereka dengan Keluarga Wilberforce yang sebenarnya adalah makhluk asing yang datang dari planet lain untuk menguasai bumi ini. Dan untuk mengalahkan Mereka ini, mereka terpaksa mempercayai satu sama lain dan menguasai sebiji batu yang mempunyai kuasa api dimana kuasa itu dikunci oleh Mr Jones, Fire Raiser yang juga satu kaum makhluk asing yang sebenarnya adalah sebagai api dalam bentuknya yang sebenar.

Dari cara penceritaan filem ni, perkembangan plot serita sedikit kaku pada awalnya. Aku tak berapa faham perkembangan cerita pada awalnya, namun setelah masuk ke bahagian tengah,, perkembangan ceritanya semakin baik. Dari segi kesan khasnya pula, ianya memang menakjubkan. Kesan khasnya mendapat sentuhan mereka yang mereka kesan khas untuk filem The Lord of The Ring, dan rasanya tiada keraguan tentang kualitinya.

So, apa tunggu lagi? Kepada yang belum menonton filem ni, sila la terjah panggung wayang. Dan kepada yang dah tengok cerita ni, Apa pendapat korang?

5 Komen:

sayaBerd said...

ko sorng je tgk yg ni.
org sume dok tergilakan alice wonderland tu la.
ekeekkek

Kyuubi_85 said...

haha.. aku nak gak tengok tu tp ada org ckp yg tu x best.. so xjd tgk.. best ke alice tu?

Amirah Rashid said...

tu la, aritu tgk trailer dye, mcm best. igtkn nk tgk, tp kwn ajk tgk V3. mcm ape je. ish.

Kyuubi_85 said...

@Amirah,

best jg jln cerita, tp cara cerita tu berkembang mcm kaku je..

alice nyer crita tu best? mcm rasa nak tgk lak..

feelinblue said...

aku dah lame tak tgk wayang.

siyes!