Majlis Penutupan Sukan Antara Program (Supermits)


Sukan Antara Program atau lebih famous sebagai supermits adalah acara sukan tahunan UiTM sabah. Dan rasanya seluruh sistem UiTM pun anjurkan acara sukan ni. Pada siapa-siapa yang belajar dalam sistem UiTM ni, betul kan? :D

Acara sukan ni berlangsung dari 27 Februari, iaitu hari sabtu yang lalu. Dan hari ni adalah hari penutupan acara sukan ni. Banyak acara sukan yang dipertandingkan, antaranya semestinya bola sepak. Ada juga ragbi, bola keranjang. Dan korang nak tahu apa acara yang aku ikut? Aku jadi tukang sorak saja. haha. Aku tak pandai bersukan. Eh, bukan tak pandai, salah statement. Aku malas bersukan. hehe

Dan acara yang paling dinanti adalah acara pertandingan perbarisan antara program. Kalau course korang menang, macam course korang la yang paling hebat untuk supermits pada masa itu. hahaha




 
Antara kontinjen yang mengambil bahagian dalam perbarisan. Course aku yang naju berwarna ungu. Tapi sayang, tak menang la pula. Kalau menang, leh la berlagak dengan yang lain. hehe




Ni pula adalah wakil course aku untuk pertandingan perbarisan ni. Kesian juga dengan dorang ni. Terpaksa berpanas. Sudah lah cuaca sekarang ni panas semacam je.




Ni pula adalah gambar rival course aku. Course Diploma in Public Admin




Bendera Supermits. Setiap Kali Supermits diadakan, bendera ni akan digantung disini menandakan Acara supermits sedang berlangsung. Ala, macam ala-ala sukan olimpik tu.




Datuk Pengarah Kampus Sedang menerima Bendera Supermits yang telah diturunkan Menandakan Berakhirnya Acara Sukan ni.




dan, nilah antara kawan-kawan kau yang sama-sama turun memeriahkan acara ni. weh, caya la korang! rajin juga nak turun. :D




 
Eh, Nor Allfizan dan.. err ssiapa tu? Oo Maria, kenapa tu, malu eh? :D


Walaupun course kami dah kalah, tetap bersemangat. Think Positive! :D Menang kalah adat pertandingan. Kalau tak ada yang kalah, tak best la kan? Manusia takkan berusaha untuk lebih maju kalau asyik menang saja. betul tak?

Acara sukan pun dah tamat, maka aktiviti bersukan pun akan berkurangan. Eh, Mana boleh, sepatutnya kita perlu bersukan sekurang-kirangnya 3 kali seminggu untuk kesihatan. Kalau tak, macam-macam penyakit akan hinggap.

akhir kata, bersukan la demi kesihatan, dan

Majulah sukan untuk negara!

Cheers!

p/s entri kali ni banyak gambar. Harap-harap tak menyebabkan load page aku bertambah lg. huhu

20 Komen:

feelinblue said...

org 1st? hehe

oooh student uitm... HAHA
ok dah tau..

bersukan utk memantapkan ape yg kite ade.

haha cm lucah jerrr :P

zaizax said...

heyy kyuubi!! ee ko kate DPA is your enemy? ooouuu terasa aku.Nape la DPA selalu di'jeles dengan course2 lain..ahha

Monkey D Luffy said...

heh
aku asyik menang jer

Hazzy Ishak said...

dah lama tak jumpa padang ni

maslinamansor said...

amboi... model perempuan pakai baju kurung ditengah padang....

Kyuubi_85 said...

@fb,

yeah.. uitm.. hehe.. eh, ko study kat mana eh?

yess..improve2... lucah ke? haha

Kyuubi_85 said...

@Zai,

not enemy la.. rival.. huhu

tu pn masa prndgn je.. kalau x.. member jg.. :D

Kyuubi_85 said...

@Monkey D luffy,

haha.. menang ke?

Kyuubi_85 said...

@Hazzy,

mesti ko dah lama x bsukan kan? :D

turun lah sekali sekala..

Kyuubi_85 said...

@maslinamansor,

haha... dah jadi kebiasaan.. gadis pembawa sepanduk... hehe

Eyriqazz said...

mana gambar kyuubi?

Kyuubi_85 said...

@Eyriqazz,

hehe... xnak upload dulu... nanti pasni nak buat entri berkenalan dgn kyuubi.. :D

feelinblue said...

kyubii.

aku kat uum.

Kyuubi_85 said...

@Fb,

oic.. uum sintok kedah kan? ada kwn aku pnh study sana... tp dah grad

feelinblue said...

kyubi.

iyerr di bumi yg jauh dari pelusuk dunia ini hehe

Mohd Shahrul Hafizi said...

Ramai tak hadirin? Temasya sukan kat U aku sedih tol, tak ramai yg datang.

DzulhafixiceD said...

owh dak uitm..
sbah plak tu..

bulih bha kalo kao..
hehe

s y i e r a said...

sonoknyee sukan !!!!
nak lari2 lagi .
isk3~~~

belacan89 said...

adoi!!!! panas tu ddk kat padang...

Kyuubi_85 said...

@Mohd Shahrul Hafizi,

boleh dikatakan ramai juga la yang turun. penuh jg padang tu..

sebab ramai yg turun, tpt aku ni main bagi kupon. kalau kupon tak cukup, tak dapat kolej.. thats y la bnyk org turun. nak dapat kupon aktiviti tu.. :D



@DzulhafixceD,

haha.. sabah.. cmama pla ko tau cakap tu? :D



@syira,

ya, best.. tp yg tak bestnya skrg ni panas btl.. nak bersukan pun susah..



@belacan89,

ya, memang panas gila tu.. kulit tebakar terus.. huhu