Streamyx Broadband Student Package




Telekom Malaysia Berhad (TM) telah mengeluarkan satu produk broadband yang terbaru khas untuk student. kelmarin, datang la dorang ni ke kampus aku nak promote package terbaru dari mereka iaitu Streamyx broadband student package atau Streamyx GradPack.

Aku punyala teruja bila dengar ada streamyx broadband student package. Aku dah lama mengidan nak memiliki berukband ini, pernah gak aku tulis pasal ni di sini dulu nak pilih broadband yang mana yang lebih baik. Tapi hajat tu belum tertunai lagi kerana aku tak yakin kat kampung aku nanti broadband tu akan ada coverage atau tak. sebabnya kampung aku tu berbukit bukau.

Sudah tu, dengan tawaran untuk mendapat 1 netbook percuma sekiranya anda beli streamyx broadband student package tu, memang mengujakan. Rakan-rakan aku juga teruja nak memiliki broadband ni.

Tapi, yang menyedihkan bila promoter tu ditanya, kami mesti mempunyai talian tetap (telefon Rumah) baru ianya boleh berfungsi. Kalau tak, sia-sia saja lah. 

tapi aku terfikir, kenapa pula nak subscribe broadband dorang ni perlu ada talian tetap? kata untuk student, dorang tak terfikir ka semua student memerlukan pergerakan yang banyak, dan semua tinggal kat kolej. Jadi tak masuk akal la nak minta talian tetap lagi. Lagipun sekarang, banyak orang dah tak guna talian tetap lagi dan lebih senang nak gunakan telefon bimbit. Lebih baik dorang namakan saja package ni untuk pengguna talian tetap, tak payah la kata untuk student. Tak ada ciri untuk seorang student pun.

Dorang tak buat market research ke sebelum nak promote benda ni, tak pun kajilah golongan sasaran tu. Sedihnya hati. Apa yang rakan-rakan aku bagitau, streamyx broadband adalah yang terbaik, sebab tu la aku berminat sangat nak beli, tapi siri-ciri yang didatangkan tidak fleksibel untuk memungkinkan semua dapat memilikinya.

Berkubur lagi hajat aku nak beli broadband. :D


16 Komen:

FarhanaDr said...

Betul tu.. Sokong sangat.. Student mane gune tepon umah sangat.. Huhu.. Handphone jek.. Ku skang gune celcom berukbang.. Tapi rase cam mahal so sibuk nak carik yg baru dn lebih baik.. Dgr cite DiGi bagus.. Cume coverage tak luas jek lagi.. Huhu..

Pape pn, smoga berjaya memiliki berukbang.. Heehee..

deus X machina said...

kyuubi, ko blaja kat mane
kalo tempat ko agak ulu sket lupakan hajat ko beli berukbeng tuh

tapi kalo nak beli gak, ko amik celcom dah la
pastu amik yang prepaid nye

touyakaruma said...

Macam nie brodband streamyx guna wayar , maknanya dia pakai Lan , Man dan Wan . So memang conferm kena guna talian tetap .

Berukband celcom , digi , maxis bla bla bla adalah jenis wireless sebab tu tak yah guna talian tetap .

So klu nak guna streamyx memang kena ada talian tetap .

Aku guna streamyx , YUP ! Aku sorang pelajar . Kami member serumah kongsi duit .

Kos permulaan RM400 , kongsi sepuluh orang sorang kena RM40. untuk bulan seterusnya RM60 kongsi sepuluh orang RM6 jer .

Itu bukan bawah student pakej .

monica said...

btl ke ni nanti ada laptop free..kt swk lom lagik sy dgr benda2 mcm ni..:)

maisyara Pot! Pot! said...

berokben jenis ape tu??

maslinamansor said...

mas beli celcom... pantas... sbb tempat ku tinggi2... flat la katakan.... :)

Amirah Rashid said...

mira pakai celcom skrg.
x brp best
line kdg2 mcm ape je
huh
tp lps ni nk tukar streamyx
hee :D

Kyuubi_85 said...

@farhana,

ya tula pasal... aku dengar celcom tu coverage dia lebih luas banding ngan digi, tapi speed digi lebih baik dr celcom... huhuhu

Kyuubi_85 said...

@deusXmachina,

Tempat aku blajar ni aku tak risau sangat tentang coverage tu, tapi yang aku risau nanti kang aku balik akmpung, takde coverage la pla beruk tu..

Celcom ade prepaid berukbeng?

Kyuubi_85 said...

@touyakaruma,

aku tinggal kat kolej... susah..

lagi 1, takde talian tetap... orang2 kat rumah tu guna hp je..

nanti korang semua dah habis belajar beruk tu cmana lak?

Kyuubi_85 said...

@monica,

dorang kata ada.. Eh, swk takda lagi ke benda ni? kita jiran la.. aku kat sabah... :D

Kyuubi_85 said...

@maisyara,

Beruk keluaran telekom...streamyx... student pakej... tak pnh dgr ke?

Kyuubi_85 said...

@maslinamansor,

haha... bagus2... kalu atas bukit pantas lagi ke tu? huhu..

Kyuubi_85 said...

@Amirah,

haha... tpt ko lak tak ok ye, yang lain lak kata ok je celcom tu... ish3..

dzul hafixi said...

lembab dowh berukband..
lgsg x cam beruk..

Kyuubi_85 said...

@dzul hafixi,

alahai, aku nak berberukbeng ni... nak blogging sampai mengampai... hehehe