Sekeji-keji Manusia

 
Comelnya baby ni kan

Mungkin aku terlewat untuk menulis tentang ni, tapi aku nak juga.

Memang manusia ni dilahirkan dengan sifat yang keji ke? Mungkin persoalan aku disini mengundang rasa tidak puas hati bagi sesetengah pihak. Tapi apa yang kau nak cerita disini mungkin boleh dikatakan perbuatan yang keji oleh manusia.

Pada 13 hb februari bersamaan hari sabtu yang lalu, semasa menonton buletin utama tv3, aku terkejut dengan berita utama, iaitu tentang penemuan mayat bayi yang dibakar dalam tong sampah. Korang boleh lawat Berita Harian untuk cerita lebih lanjut.

Mayat bayi tersebut dipercayai baru dilahirkan berdasarkan tali pusat yang masih ada. Dan yang paling mengerikan bilamana beberapa anggota badannya terpisah dalam tong sampah berkenaan.

 Memang kejam!Perbuatan Yang sungguh kejam!

Inilah yang aku dapat simpulkan dari perbuatan manusia tersebut. bayi yang mempunyai cukup sifat tersebut dibunuh begitu sahaja? Siapa yang menganugerahkan kuasa pada mereka untuk mencabut nyawa bayi tersebut?!

Dikatakan bahawa perbuatan tersebut untuk menutup perbuatan mereka. Tapi aku nak katakan disini, mereka tu tak takut ke dosa?

Dah berzina tu satu dosa, kenapa tak terus insaf? ni nak membunuh pula. Dah dua kali berdosa. dah double dosa tu. dah berzina, membunuh pula. (betulkan aku jika aku salah) teruk la.


So, marila kita semua menginsafi diri sendiri. kalau dah sedar kita bersalah, jangan terus melakukan kesalahan lagi, tapi insafilah kesalahan kita. Hadapi la akibat perbuatan kita sementara kita masih hidup di dunia. Jangan kita hadapi hadapi akibat perbuatan kita di akhirat kelak.

Hidup ini cuma sementara...

22 Komen:

Eyriqazz said...

cutenya baby tu...anak saya lagi cute..hik3

FarhanaDr said...

I hope that I can be the best mother for my children.. Pada masa depan.. InsyaAllah.. Amin.. :)

sayaBerd said...

ape kaitan ngn gmba 2 weh. haha

Kyuubi_85 said...

@Eyriqazz,

cute baby tu kan? :D

anyway, aku tau anak ko kiut, semua bapa akan ckp mcm tu... hehe

Kyuubi_85 said...

@farhanaDr,

Ya, eveyone pun harap benda yang sama..

If one day, terjadi mcm tu... jgn le dibunuh nyawa yang x berdosa..

Kyuubi_85 said...

@SayaBerd,

saja je nak bagi cantik.

kang aku letak gambar baby abortion, muntah lak ko... huhuhu

kak ina kl said...

salam ziarah dari akak..

Kyuubi_85 said...

@kak ina kl,

makaseh kak sudi lawat blog yang tak seberapa ni..

Kancilbiru said...

kalau tak nak bagi jer kat aku...hehehe

maslinamansor said...

mak bapak dia binatang... !!!! (sori kasar bahasa)

Kyuubi_85 said...

@Kancilbiru,

ko nak ke if dia betol2 bagi ngan ko? :D

anyway, betul la. banyak lagi org nak ada anak, tapi dorang ni tak hargai pula anugerah tu... ish3

Kyuubi_85 said...

@maslinamansor,

sabar2...

noin said...

bukan manusia da yg bunoh baby tuh. tahap syaitan da. grrr geram gile!

Kyuubi_85 said...

@noin,

sabar2, jgn geram... apa pun memang mereka tu dah bersalah... kita bagi peluang nak insaf, kalau tak insaf lagi... baru hentam dia

padan muka

F I T said...

manusia zaman sekarang ni kalau tak takut dengan dosa berzina apatah dosa membunuh... adoiii

Hazzy Ishak said...

berani buat tapi tak berani tanggung...

kesian pd insan yang tak berdosa...

vidadarisakura said...

keji gilak.grr

Kyuubi_85 said...

@FIT,

ado, tu la yang kita takut skrg ni..

Kyuubi_85 said...

@Hazzy,

ya betul tu hazz, dorang tu berani je buat.. teruk

kesian kat baby tu... dia berhak nak hidup jg..

Kyuubi_85 said...

@vidadarisakura,

memang keji... ish3

Anonymous said...

rasnya org2 seperti ini perlu di bimbing..
dah la buat perkara terkutuk tu sampai pregnant...nak bunuh bdk lagi????

Kyuubi_85 said...

@anonymous,

aku stuju ngan awk.. perlukan bimbingan berterusan..