Masuk Tandas Pun Ada kadar Bayaran??


Hai semua. Sejak akhir-akhir ni, aku semakin malas nak menulis. Bukan apa, cuma... entah.. malas mungkin faktor utama. BUkannya apa, sebab internet ni lambat macam siput. Tu yang buat mood nak menulis ni hilang. Sebenarnya aku nak join contest Mr GTO tapi internet yang macam siput ni membataskan keupayaan nak skodeng blog Mr GTO ni. Tapi, nanti, aku tetap nak join juga tu... :D

Ok, balik pada apa yang aku nak share kali ni, pengalaman aku pergi tandas awam yang paling pelik selama ni. Tapi mungkin korang pernah mengalaminya.. (pernah ke?)

 
Gambar Dari pak cik Google 

Ok, kebetulan hari ni hujung minggu, jadi aku pun keluar la nak lepaskan tekanan duduk dalam kolej saja. (alasan ni nak jalan.. hehe) Disebabkan makanan entah apa yang aku makan semalam, perut aku asyik memulas nak menjalankan kewajipan. (korang faham-faham la ya, kalau tak faham buat-buat faham saja). Jadi, sampai saja pekan diluar kolej tu, aku bergegas pergi cari tandas awam nak jalankan kewajipan. 

Bila sampai dekat tandas tu, aku nampak notis berbunyi begini:
Buang air kecil : 30sen

Buang air Besar : 50sen

Mandi :1 ringgit

Dalam hati aku, eh biar betul ni nak masuk tandas pun ada kadar bayaran macam tu. So, aku tak peduli sangat sebab perut dah meragam masa tu. Aku korek duit seringgit, terus aku bagi kat mak cik jaga tandas tu dan pergi jalankan kewajipan. (Dah berapa kali aku guna  perkataan kewajipan tu? hehe)

Selepas siap, aku pun pergi ke tempat makcik tu. Sambil tersenyum mak cik tu tanya aku,

Mak cik : Tadi buang air besar kan (senyum-senyum)
Aku : Ya (dengan Muka selamba)

 
Eh, ada kaitan ke si spongebob ni?
Makcik tu pun hulurkan duit 50sen pada aku. Dalam hati aku, eh? nak masuk tandas pun ada kadar bayaran ke? nak buang air pun ada kadar, kalau besar nak dibuang, besar juga harganya, kalau kecil, harga pun kecil. Kalau mandi aku tak heran sangat la nak minta bayar banyak. 

Dunia sekarang ni semuanya tentang duit, duit, duit dan duit. Tiada benda yang tak nak duit. Nak sekolah, kena ada duit, nak makan kena ada duit, even nak berak pun nak kena bayar. Entah apa lagi yang tak perlu duit.
Tempat korang macamana pula? Nak masuk tandas pun macam ni juga ka?

29 Komen:

sI tEDI said...

perghh!! sumpah aku x masuk tandas macam tu!

segan wo.. buatnyeyg tana aku tu lelaki.

nak berak ke dik?

ha ha ha

dzul hafixi said...

siap plg baki..
sgguh wow!!

Kyuubi_85 said...

@sI tEDi,

haha.. dah terpaksa, nak buat cmana kan? tak pasal2 t'berak pula nanti

Kyuubi_85 said...

@dzul hafizi,

Dah memang ada baki duit aku tu... hehehe

deus X machina said...

macam mana dia leh tau ko buang air besar?
musykil lak aku
erk888

banyak gak tempat tandas kena bayar
tapi kualitinya banyak juga la yang hampeh

miss lolly a.k.a luvfareda said...

kne bayar gak. tapi xda rr nak buang air kecil or besar tu letak asing bayarannya.

lawakingkong tul

Kyuubi_85 said...

@deus X machina,

mungkin lama kot aku dalam tandas tu... dah perut meragam, mesti la lama kan... :D

lagipun dia dgr aku pam tandas tu coz keci je tandas tu... bleh dgr dari luar kalo kentut... hahaha

Kyuubi_85 said...

@miss lolly,

tu yang aku heran tuu... toilet pertama aku jumpa yang letak harga asing untuk nak buang besar or kecil

Of Tr@vels, 3nvironment and bl@bl@bl@ said...

madsudnya, air adalah bernilai..ha ha//
jimatlah air

Amirah Rashid said...

haah la
mcm mne makcik tu tau eh?
musykil ni
hee
tp, skrg ni ade certain public toilet yg kene byr
ade jgk yg xkene byr

Kyuubi_85 said...

Of Tr@vels, 3nvironment and bl@bl@bl@,

hahaha... betul2

Kyuubi_85 said...

@Amirah Rashid,

haha... dia dgr kot aku pam tandas tu... keci je tandas tu... lagi[un aku lama kat dalam tu... perut meragam punya pasal... huhu

skrg semua toilet nak kena byr, tapi yang aku pelik, nak kencing lain harganya, nak berak pula lain harganya... ish3

Frodo Baggins said...

wa musykil ngan makcik tandas tuh.
jenk jenk jenk ...
"sambil senyum"??
tambah syak wasangka wa ..

keh3x


>>___<<

Eyriqazz said...

join jgn tak join..tuhlA..semua benda dah nak kena byr skangni..adushh..pening..

Kyuubi_85 said...

@Frodo Baggins,

ala, makcik tua je... takde kesan pun... kah3

Kyuubi_85 said...

@Eyriqazz,

eh, abg GTO pun ada gak... hehe

nak join la ni tp internet ni lambat mcm siput... :D

skrg dah takde benda yang free.. semua nk kena byr..

feelinblue said...

hah.
bese la tuh.

dunia skang klw tak main duit,xsah.

so kte kna sedar yg 10 tahun akan datang,nk pijak rumput pun kena bayar :)

who knows?

maslinamansor said...

sanggup tahan 'hajat' sampai kat opis.... (lebih bersih....)

nuRuLain_zAiNi said...

biase r toilet kene byr..

tp klw dah specific sgt mcm ni.

mcm x d privacy plak..

xkan nk bg tau nak *tut* plak masa byr tu..huhu..

Ah Fatt said...

area klcc tandas bersih, mewah dan free
hehe

Kyuubi_85 said...

@feelinblue,

ya betul... stuju sgt dgn ko ni..

Kyuubi_85 said...

@maslinamansor,

Tapi kalau benda tu dah tak boleh thn nak buat cmamna kan? dah perut tu meragam... huhu

Kyuubi_85 said...

@nuRuLain,

ya, memang dah besa dah toilet ni nak kena byr, tapi sampai nak buat mcm tu, pelik gak aku rasa..

Kyuubi_85 said...

@Ah Fatt,

Wah, betul ke? tu yang best tu... nak menjalankan kewajipan pun lega je rasa.. :D

FatinSyahirah said...

uish. segan gila, kantoi buat apa dalam toiet. cekik darah gila kot. kalau macam tu, aku lebih rela tahan buang kat rumah. ahaha

Kyuubi_85 said...

HAHAHA... nak untung lebih la tu...

Yatre Hayati said...

cemana dia tau kamu buang air besar nih!! keji nya!!

Steward said...

Saya heran sangat.. tandas kat Mesia ni rata2nya kena bayar kalau masuk.. Dekat Filipina, tandasnya sudah pun F.O.C, bersih lagi.. rasanya mentaliti dorang lain sikit la bro..

ayie said...

aku penah jumpa tandas cm ni. kat cameron highland... hehe pelik2 je...