Apa itu blog?


 
Gambar Makhluk yang tiada kaitan dengan Post ini. Datang dengan Pakcik Google

Hari tu, aku tersesat dekat blog akak sorang ni, miss lolly. Dan aku terbaca post dia yang bertajuk, saya tak suka BLOGGER OTAI yg berlagak hebat ! Pas baca post akak ni, baru kusedar, ada juga blogger ni yang berlagak sangat. Kalau korang tak tahu apa cerita kat situ, pegilah baca dulu post akak ni baru korang terus membaca disini.

Aku yang baru nak berjinak-inak dengan dunia maya ni pun terasa la juga. Yala, kita ni newbie, kalau otai-otai tu nak jatuhkan kita senang saja kan?

Tapi, aku tak puas hati la juga bila dia kata **blog macam ni pun ada juga?**

Tak patutkan?

Ok, mungkin ada yang pandai nak berblog tapi tak faham apa itu blog kan? Mari cikgu kyuubi ajar korang hari ni apa itu blog.


Sebelum tu, ada banyak penyedia free blog termasuklah Blogspot, Wordpress, Xanga, Blog.com Dan banyak lagi penyedia free blog. Kalau korang nak berblg, senarai diatas adalah beberapa tempat yang korang boleh pergi untuk mulakan blog korang.

Ok, kita masuk kepada topik kita hari ini iaitu apa itu blog?

Menurut buku Discovering Computers 2008 keluaran Thompson Course Technology, blog didefinisikan sebagai:

an informal website consisting of time-stamped articles, or post, in a diary or journal format, ussualy listed in reverse chronology order. Blogs have become an important means of worldwide communication. Bussiness create blogs to communicate with employees, customers and vendors. Teachers create blogs to collaborate with other teachers and students. Home users create blogs to share aspects of their personal life with family, friends and others.
Menurut Wikipedia pula, Blog adalah sejenis website yang diselenggara oleh seorang individu dengan entri yang kerap tentang komen, events dan gambar atau video.

Many blogs provide commentary or news on a particular subject; others function as more personal online diaries.

Dengan Maksud dan penjelasan diatas, jelaslah blog itu adalah website peribadi yang kita isi dengan apa sahaja yang kita suka, tentang kehidupan kita, tentang minat kita, tentang boyfriend dan girlfriend kita dan macam-macam lagilah benda yang kita suka. Ianya boleh juga dijadikan sebagai online diari kita.

Jadi, selepas ini, kalau korang terjumpa blog yang tulis tentang diri dia, siap dari saat dia buka mata hinggala saat dia nak pejam mata, jangan la korang nak kutuk dia pula. Nak kata, "eh, ada juga blog macam ni?"

Kalau korang tak suka nak baca apa yang orang tu tulis kat blog dia, korang blah aje la dari sana. Ni nak juga menyibuk tapi siap bagi komen yang macam-macam kan?

Bukan salah orang tu menulis macam tu, tapi salah korang yang nak juga menempel kat blog dia even korang tak suka..

10 Komen:

Moon Death Spell said...

biasala tu ...
kenkadang moon pun pelik..

kenapa manusia ni suka mengkritik menggunakan bahasa yang kasar..

kita buleh menyuarakan pendapat kita
tapi kenapa mesti menggunakan bahasa kasar
ok.. tq.. emo skit.heheheheheh

deus X machina said...

siapa ntah cakap camtu
meh cni aku lempg

touyakaruma said...

Aku pun kadang-kadang taknak masuk ke blog sesetengah .. mana taknya kuar pop up window ngan lagu entah apa-apa . Tapi termasuk sebab buat blok walking .

Tak kisah sangat blog jenis peribadi tapi tak suka blog jenis plagiat .

dd dudu said...

blog saya lagilaa mengarut2 syok2 sendiri.. janganlaa blogger otai yang berlagak tu terjumpee blog saya, nanti die komen, saye sentap nyaahhhhh

uwaaaa

dzul hafixi said...

diorang ckp pe?
ade gua peduli??

~ ReD ~ said...

uihhh! tokojut den bila mula2 tngok entry ni...seb bek xde lomah jantung eh!hehe

Nazatul shima said...

hmm..yg tak otai pon ade je nak jatuhkan org lain.menyampah!

FarhanaDr said...

Sokong kyuubi.. Tak suka boleh angkat kaki.. Tiada paksaan.. Jgn laa smpai jatuhkan, malukan atau wat orang rasa down.. Tak elok wo..

maslinamansor said...

yang ske kritik org tue... dh otai sangat ker....

wawan said...

mungken akan ralat bila sang penulis blog tersebut datang blog kita dan meninggalkan jejak - datang blog kt plak ek?

bila dah masuk.. ya rabbi.. cite dari pagi sampai petang sambung malam sambung lagi sampai esok pagi dia buat apa..

ok fine.. tu blog dia.. blerggghhhh