Akhirnya Hujan juga tapi...



Teringat aku kat lagu Allahyarham tan Sri Sudirman,

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

korang ingat ke lagu tu? Huh, memang mutiara betul hujan sekarang ni. Dulu masa musim hujan, tak nak la hujan. Harap berenti la hujan secepat mungkin. Tapi Sekarang, oh mutiara jatuh la kau cepat, agar dapat kau sinari bumi yang gersang ni.Aku nak hujan turun!!!

Dan, hujan juga petang tadi... tapi amat mendukacitakan! yang turun macam kencing tikus je  (korang tau ke kencing tikus banyak mana?)

Dan tak sampai 5 minit dah berhenti. aku yang tengah berbumbungkan angkasaraya pun tak basah dek hujan yang macam kencing tikus ni. Dah la panas betul sekarang ni. macam rasa dipanggang je. (ayat yang melampau, sila abaikan)

Aku tak tahu kota kinabalu ni suhunya berapa, tapi yang aku tau, aku tengah panas sekarang! hot! hot!

hujan cepatlah turun..

penantian yang menyeksakan.

30 Komen:

p3perak said...

iyep..
panas sbb perubahan bumi kot..


>>follow u

Kyuubi_85 said...

@p3perak,

ya, betul.. dan perubahan itu disebabkan perbuatan manusia... uhuhu

Frodo Baggins said...

hujan cam kencing tikoss? keh2x ... baper banyak kencing tikus bro? haha.

yer, skank mmg panas gilesss!!!
xperr ... mac hujan! aminnnn

p3perak said...

terasa gak panas tu..
3 hari lepas hujan lebat,
tp kejab je la..
+ dgn angin..
time tu rasa dah kiamat je..
huhuhuhuhu...
1 bandar teluk intan xde letrik
malam tu..

Kyuubi_85 said...

@Frodo,

haha... kencing tikos? ku pun tak tau.. haha

weh, ko doakan hujan cepat ye, tp jgn pula minta sampai banjir kilat..naya kita.. huhu

Kyuubi_85 said...

@p3perak,

tulah,, mungkin dunia ni nak kiamat dah kot.. huhuhu

bila panas, melampau2... hujan pon melampau gak sampai kena banjir..

ish3

aNoZ said...

hujan sekejap tu hujan rahmat. lain kali doa bia hujan lagi lebat. haha

Kyuubi_85 said...

@aNoZ,

ye la hujan rahmat... tapi aku dah kering da ni.. huhu

ko pun sma2 doakan agar hujan lebat... :D

dina said...

semalam aku bermandi manda dalam hujan, sebab dah seminggu KL tak hujan...panas sampai luka bibir aku... tu baru panas dunia (insaf)...huhuhu

Eyriqazz said...

kecil3 dulu suka sgt mandi hujan..hujan itu rahmat tuhan

Kyuubi_85 said...

@dina,

Kl baru semingu, kota kinabalu ni entah dah brapa lama dah tak hujan.. huhu

Kyuubi_85 said...

@Eyriqazz,

hehe... aku pon suka jg masa keci2 dulu... siap kena mrh lagi nak main hujan.. :D

Ya, memang rahmat..setuju2

Ah Fatt said...

kau budak KK ka? aisemen

Kyuubi_85 said...

@Ah Fatt,

ya, kk ni.. knapa? ko kk jg?

Aus said...

lol .
KK pun panas ke ??

Kyuubi_85 said...

@Aus,

Yup, sgt panas... huhu

Nazz@Purple said...

Hujan ke panas..semua ade hikmah nye..memang musim panas la nie..kite semua sedang diuji..sabo je la..

Kyuubi_85 said...

@Nazz,

yela kot... ok2 sbr2... isk3

Anonymous said...

huhu... dunia dah nak kiamat... dats y panas...

maslinamansor said...

xpe...xpe... nie dh rasa cam sejuk balik dunia... :)

miss lolly a.k.a luvfareda said...

dulu suka hujan


skng tak suka hujan.

peninggggggggggg !

Nazatul shima said...

kat terengganu pon panas..tak hujan pon..:(

Kyuubi_85 said...

@Anonymous,

huhu... mungkin ada berul jg tu... kan 2012 dah nak dkt.. huhu

Kyuubi_85 said...

@maslinamansor,

ada ke sejuk? tpt aku ni masih panas membara membakar jiwa... :d

Kyuubi_85 said...

@miss lolly,

napa gak jadi pening tu?

ada pnyakit?

Kyuubi_85 said...

@Nazatul Shima,

ooo yaka? alahai, meh la kita beramai-ramai berharap hujan akan turun..

Merah Baldu said...

kat s.alam pun panas sgt.ujan lebat tp kejap then pas ujan lg panas..aduhh

Kyuubi_85 said...

@Merah Baldu,

alahai.. kalau nak jadi sejuk, biar hujan sehari suntuk... baru ok

maisyara Pot! Pot! said...

kt sini tk hujan.. tp, cuaca dh mndung sikit..

Kyuubi_85 said...

@maisyara pot pot,

ok la tu... dari sang matahari sedang ketawa terbahak-bahak..

better g suruh dia tido jap.. hehe