Reuse, Reduce


Kalau sebut pasal kitar semula, mesti semua tahu apa itu kitar semula kan? mesti semua cakap, nak guna semula benda yang boleh diguna semula, nak guna bahan yang boleh dijadikan produk lain ataupun diperbaharui buatannya, pendek kata ambil tin aluminium tu, hantar ke kedai kitar semula dan mereka buat tin yang baru dari yang sudah digunakan.

Semua orang tahu tentang benda ni, tapi adakah yang melakukannya? Adakah yang nak kitar semula?

eh, kenapa pula serius sangat aku ni? ayat pun skema semacam je. lantak la.. hahaha


 

Hari tu, masa aku lalu dekat sebuah kedai, aku tertarik dengan banner yang digantung depan kedai mereka ni, lantas kamera dicapai dan aku snap 1 gambar ni. hehehe.. sori la tuan punya kedai, aku tak minta kebenaran dari ko nak tampal kat sini gambar kedai ko ni. jangan marah ye.. :D

Korang tengok la banner tu, pasal kitar semula ye tak? gunakan semula barang yang boleh digunakan dan kurangkan jumlah sampah yang dibuang. Bagusnya kalau la semua rakyat negara kita boleh buat macam tu kan, kitar semula. Dapat la kurangkan jumlah sampah yang dibuang setiap hari. Bersih juga negara kita ni dari sampah sarah, walaupun bukan 100%.

Untuk pengetahuan semua, kita menghasilkan sehingga 15,000 tan sampah setiap hari. Dengan jumlah sampah sebegitu rupa, ruang untuk pelupusan sampah semakin terhad. Mungkinkah suatu hari nanti, tapak pelupusan sampah terpaksa diadakan di belakang rumah korang sahaja sekiranya kita benar-benar kekurangan tapak untuk pelupusan sampah?

Dan lagi, korang nak tahu, kerajaan menghabiskan berjuta-juta ringgit semata-mata untuk memungut dan melupuskan sampah. Jika kita mampu mengurangkan jumlah sampah yang dibuang setiap hari, mungkin duit yang kerajaan boleh menggunakan duit tu nak majukan lagi negara kita ni, apa pendapat korang?

Lagipun sampah ni dikaitkan dengan banyak penyakit, jadi sampah kurang, penyakit pun kurang... hehe

So, kalau korang takut belakang rumah korang jadi tapak pelupusan sampah, meh ramai-ramai kita kitar semula agar persekitaran kita lebih bersih sihat.. ok?


4 Komen:

fahmi said...

ok! ak support spnuhnye..idup bumi! hehe..

Kyuubi_85 said...

@Fahmi, ya.. mari kita bersihkan bumi kita ni dari sampah sarap.. :D

Dean said...

sokong hari plastik sedunia...pasni g shopping jgn pakai plastik...sbb plastik pun penyumbang utama sampah...;p;p

Kyuubi_85 said...

@Dean, ya sokong2... tapi baru aje tadi aku g shopping n guna beg plastik... aduss

Pasni nak beli shopping beg la..