Penangan FACEBOOK

Siapa yang tak kenal dengan FACEBOOK? Saya rasa tak ada siapa yang tak kenal facebook ni betul tak. Facebook ni dah jadi satu fenomena, semua orang barcakap mengenai facebook. Hanya mereka tak tak pernah kenal internet saja yang tak pernah kenal dengan Facebook.


Aura facebook ni dengan cepatnya tersebar. laku sangat, macam pisang panas. memang Founder facebook ni hebatlah, sampai ianya menjadi satu fenomena.


Hari ini, ada seorang Timbalan Menteri datang melawat datang melawat kami, dan kamu nak tahu? Dia kata, "siapa yang nak add saya dalam facebook, silakan".

Inilah penangan facebook!!! Sampai menteri, even Perdana Menteri pun ada facebook!!! even Barack Obama pun ada facebook!! wah, inilah penangan facebook, pemimpin pun nak ada facebook juga.


Ini yang menyebabkan saya berfikir, Facebook ni macam satu ancaman kepada kita. Seperti ada sesuatu dengan facebook ni, sesuatu yang kita tak nampak.


Saya terdengar beberapa cerita tentang pekerja yang tak datang kerja semata-mata nak main game dalam facebook tu, nak jaga ladang la, nak jaga kedai lah. Macam-macam. gila tak? Hanya kerana facebook, sanggup tak pergi kerja?? Apa cerita ni wei..

Jadi, kepada yang berFacebook, berhati-hatilah kamu ya. Tak salah juga nak join benda ni, tapi biarla berpada-pada. Kalau sampai tak pergi kerja tu, dah teruk tu. Tak Patut berlaku, kita ada semua tu supaya senang berhubung dan cari kawan, bukan untuk kamu sampai tak pergi kerja atau tak pergi kelas.

Dan kalau kamu nak aktif dalam social network, lebih baik aktif dengan Friendster. Sebabnya,syarikat Malaysia sendiri ada kepentingan dalam friendster tu, jadi sokong la syarikat malaysia. Facebook ni dari luar negara. ok?

6 Komen:

Supia Chao said...

I translated this page to eng and its hilarious. I think you got the yorais virus!!

cawan merah said...

sebab facebook tak serabut macam fenster
fenster kan ada byk sgt layout merepek2..
hehe.. btol x?

Kyuubi_85 said...

@cawan merah, ye betul gak... tapi yang tak bestnye sampai tak nak pegi keja tu yang bahaya tu...

Dean said...

kyuubi,,,facebook mmg ade baik..n ade buruk...depends pada individu tu,,,tp sy sendiri ketageh ngn fb ni..men bola..hehe..pape pun...fb satu2nye saluran yg betul utk kt cari kawan2 lama kt n luas kan network...kan kan kan

Kyuubi_85 said...

@Dean, ya betul tu.... its depends pada individu tu juga... ada banyak benda berguna boleh kita buat ngan fb ni... :D

cik syazni said...

rase naki gelak bace komen supia.. :P