Merokok membahayakan kesihatan


Semakin hari, jumlah perokok semakin bertambah.. Ramai menganggap merokok memberi anda gaya yang hebat, nampak macho, cool..

Tapi sedarkah anda sebenarnya anda sedang mempertaruhkan nyawa anda?

Ramai mungkin tak sedar, atau sedar tapi buat2 tak tahu aje.. dalam sebatang rokok mengandungi banyak racun dan bahan kimia yang boleh memberi mudarat kepada badan manusia..



Seperti gambar diatas, terdapat banyak bahan dalam sebatang rokok.. contohnya arsenic adalah sejenis racun dan boleh menyebabkan kematian, manakala carbon monoxide adalah sejenis gas yang menyebabkan darah tidak mampu membawa banyak makanan untuk diedarkan dalam badan, dan gas ini juga boleh menyebabkan kematian..


gambar diatas pula adalah gambar peparu yang telah rosak akibat daripada aktiviti merokok..

Merokok memberi banyak kesan nagatif kepada perokok iaitu :

1. Bau yang kurang enak melekat pada badan si perokok menyebabkan bau badannya tidak menyenangkan.

2. Bau nafas si perokok yang tidak menyenangkan.

3. Gigi menjadi warna kekuning-kuningan.

4. Merosakkan paru-paru si perokok dan menyebabkan kanser paru-paru.

5. Meningkatkan Tekanan darah si perokok kerana kandungan dadah. Sebenarnya, dadah ini la yang menyebabkan seseorang yang menghisap rokok tidak mengantuk.

6. Racun rokok itu akan merosakkan bahagian badan di sepanjang perjalanannya dalam tubuh manusia sehingga dikeluarkan dari tubuh.

7. Racun dalam rokok boleh larut dalam air dan senang dibawa ke seluruh badan. Ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami migrain dan serangan jantung.

Banyak lagi kesan yang tidak baik kesan dari menghisap rokok.. Dan ini bukan sahaja memudaratkan si penghisap rokok, malah orang di sekeliling yang tidak merokok tapi terhidu asap rokok.. kesannya adalah sama dengan si perokok..

Kepada wanita yang mengandung, Rokok juga memberi kesan yang tidak baik iaitu,
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan asap rokok kepada anak pula adalah :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak


jadi, kepada perokok diluar sana.. berhentilah merokok.. Tiada baiknya anda merokok..

tabiat merokok anda ini hanya akan memudaratkan diri anda, orang di sekeliling, isteri serta anak-anak anda..

Anda tak pernah kelihatan macho atau cool dengan merokok tapi membuatkan bau badan anda busuk..

4 Komen:

Stefanie said...

Great post! Luckily am not a smoker. :)

Take care and happy new year!

Kyuubi_85 said...

thx.. :D thats good coz i hate smokers..
Take care too and happy new year!

ida said...

ieeeuwww... menakutkan la gmbr peparu tu...

Kyuubi_85 said...

Ida : tu la kesan orang yang merokok. Peparu mereka akan rosak. so kalau boleh jangan la merokok dan jangan dekat ketika orang sedang merokok kerana kita akan sedut asap rokok tu juga.