Mari Baca Lawak siri 2


Ok, sebelum ni, aku pernah postkan lawak disini dan tu kiranya la siri pertama la kot. kali ni aku ada 1 lawak lagi. Ini adalah mari baca lawak siri 2 dari kyuubi_85. :D

Tapi lawak ni ada unsur kelucahan sedikit, jadi kepada readers yang nak baca, aku ingatkan sekali lagi, lawak ni ada unsur kelucahan. Tapi Sikit sajalah, tak banyak pun.

Ok, semua dah sedia nak baca Mari Baca Lawak Siri 2??? Jom layan.....


Pada suatu malam, si suami yang dah lama tak bersama isterinya teringin pula malam tu. Jadi, selepas sahaja makan malam dan berehat sebentar, si suami pun menyuruh anak mereka yang berumur 3 tahun untuk tidur.

Si suami : Tido awal ya sayang, esok kena bangun awal kita nak pergi jalan-jalan.
si anak : ok papa.

Maka si anak pun pergilah tidur.

selepas sahaja si anak pergi tidur, si suami pun mengajak isterinya ke bilik tidur, dan bermula la adegan mereka. sedang mereka melayarkan bahtera, tiba-tiba pintu bilik yang memang tidak berkunci terbuka dan si anak tercengat di muka pintu. Suami isteri itu pula tidak sempat berbuat apa-apa kerana terkejut. manakala si anak pula dengan muka selamba berkata :

Anak : Papa buat apa dengan mama tu?

kerana memikirkan si anak tidak tahu apa-apa, si suami tu pun menjawab

si suami : tak ada sayang, ni papa dan mama nak buat adik kecil ni.


Tanpa menghiraukan mereka, si anak pun terus beredar ke bilik semula, manakala suami isteri itu pula berasa lega.

keesokan harinya, pagi-pagi lagi si bapa sudah bangun lalu pergi ke bilik anaknya, tapi didapatinya bahawa anaknyatiada di bilik.

dia pun keluar kerana terfikir bahawa anaknya ada di luar. sesampainya di luar, si suami pun terkejut kerana anaknya berada diluar dan si anak sedang memasukkan kemaluannya ke dalam ekzos motosikal mereka. Si bapa kehairanan sambil bertanya kepada si anak

Si suami : apa sayang buat tu?

Jawab si anak : saya nak buat motosikal kecil.

p/s : pengajaran dari cerita tadi, kalau nak ajar anak, lebih baik kita beritahu dengan mereka perkara sebenar kerana kadang-kadang apa yang kita beritahu dengan mereka itulah yang kanak-kanak ni anggap betul.

13 Komen:

Sharinginfoz said...

memang nakal...

Jom Buku Smart Reader

Fly to ASEAN.. Free????

Fina Fento said...

kanak - kanak kan..

Afendy said...

hahahaha.. nasib bukan ekzos kereta.

Kyuubi_85 said...

@Sharinginfoz, ya memang nakal kan?.. kanak-kanak.. :D


@Fina Fento, ya memang kanak-kanak macam tu.. senang je terpengaruh..


@Afendy, if kereta, dapat kereta keci la kan? hahaha..

IxoR@ said...

anak-anak zaman skrg.... 'advance'!

nak cakap kena fikir dulu, kelak... sendiri makan diri....hahahahha...

nuhan said...

uupsss..hahaha

hmm..kanak-kanak mmg mudah terpengaruh..

Kyuubi_85 said...

IxoR@ : ya, betul tu.. memang dah advance... kalau tengok sekarang dan sebelum ni memang berbeza betul..

nuhan : tula, nak kena pandai jaga juga, kalau tak terpengaruh dengan benda tak baik la nanti..

C-Ha Nasiha said...

ish2! ape nk jd ngan bdk2 skang ni. hheeee. advance!

cikmemy said...

erk.bdk2 memg lurus bendul!

aNiS tHe BumbleBee said...

isk,bahye betul..silap2 boley mandul budak tu besar besok..huekeke

Kyuubi_85 said...

@C-Ha nasiha, terlebih advance pun tak baik juga kan?


@cikmemy, ya sebab tu la kena fikir dulu sebelum nak bagitau apa-apa dengan mereka ni..


@aNiS tHe BunbleBee, hahaha... kalau sangkut kat dalam tu tak boleh buka nak buat mcamana eh? hahaha,...

papabear said...

adusss....

Kyuubi_85 said...

@papabear, hahaha... knpa tu? takan tersangkut kot... haha