Love itu..








Kasih itu sabar, kasih itu murah hati, ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan sendiri.ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain.

Jika manusia tidak mempunyai kasih, apakah yang terjadi kepada kita semua? Pembunuhan, rogol, perang dan macam-macam lagi. Nampak sangat bahawa manusia tidak menyimpan perasaan kasih sayang dalam diri mereka.

Kita pentingkan diri. Nak diri sendiri senang saja, tapi orang lain? Adakah kita nak tengok mereka yang dalam kepayahan? Orang yang senang nak membazir makanan, duit dan macam-macam lagi walhal ramai lagi di luar sana yang bergelumang dengan masalah kewangan. Banyak lagi orang diluar sana yang dalam kelaparan kerana kekurangan makanan. Pernah kita tengok? Pernah kita terfikirkan mereka semasa kita nak menyuap makanan? dan pernah kah kita terfikirkan kita semasa nak buang makanan yang tak habis tu?

Pembunuhan masih berlaku di luar sana. Perang masih terjadi dan beribu-ribu nyawa terkorban akibat daripada sikap manusia itu sendiri. Manusia dengan rakus mencabut nyawa manusia lain seolah-olah nyawa yang dikurniakan pada kita ini tidak barharga. Kerana mereka tidak menanam perasaan kasih dalam diri mereka.

betulkan saya kalau saya salah, Tiada agama di dunia ini yang mengajarkan kepada pengikutnya untuk tidak mengasihi sesama manusia.

Jadi, kepada semua, marila kita bersama-sama menanam perasaan kasih dan sayang dalam diri, bukan sahaja pada pakwe dan makwe, keluarga dan sahabat handai, malahan kepada semua orang. Mudah-mudahan dunia yang kita cintai ini menjadi tempat tinggal sementara yang penuh kasih.

Antara semua, kasih dan sayang itulah yang terbesar. Dengannya, tiadalah perang, tiadalah peperangan, pembunuhan. Tiadalah peristiwa berdarah.

p/s ini hanyalah luahan hati dan pemikiran semata-mata. Tiada kaitan pada mana-mana pihak, samaada yang masih hidup atau yang telah meninggal.

p/s/s maaf dipohon sekiranya ada pembaca yang tersinggung dengan post ini.

13 Komen:

Fina Fento said...

hmm..betul tu..sy setuju..

** siri dua sudah siap! ngee~

Kyuubi_85 said...

bagus la if setuju... Dah terjah siri 2... haha

abe long said...

sila lah...

tak kisah pon.

kalo menarik aku baca

dan kalo menarik + tertarik aku komen

kalo tak....

aku tgk pic jerk n komen

hehehe


hai hia hia hia hai hai

selamat bekenalan

touyakaruma said...

Kadang-kadang tu kebencian mengalahkan rasa kasih sayang dalam diri.

Admin said...

salam..menarik postnya
http://pictureoffood.blogspot.com/

Kyuubi_85 said...

@abe long, :D ya selamat berkenalan.. thanks sudi singgah ke blog aku yang baru sebulan jagung ni.. hehe

Kyuubi_85 said...

@touyakaruma.. Ya betul juga tu... Tapi pada saya, kalau kasih sayang dalam diri tu memang suci, kebencian tu akan lenyap juga..

tak pun, mereka akan berusaha untuk tidak membenci orang lain..


@admin... Thanks, ni hanya luahan hati dan pemikiran..

cikTi said...

ade org yg tersinggung ke,.
rasanya xde yg tsinggung kot,.
ayt2 pon x kasar,.,

btolla.
berkasih sayang sesama manusia,.
elakkan sengketa,.
hidup aman sejahtera,.,

insyaAllah,
mudah-mudahan

Kyuubi_85 said...

@cikTi, aku ni baru lagi, tak pandai lagi berbunga bahasa. manala tau kan kot ada orang terasa.. :D

nak minta maaf awal2..

ya, stuju sangat.. arap dunia kita ni akan jadi lebih aman dan damai.. :D

Anonymous said...

emmm...btul la... tapi mcm i terasa tau...coz i sll mrh bf i...hehehe... opss...sori..

Kyuubi_85 said...

:D if dah marah tu... apa boleh buat kan... just insaf aje lah dan minta maaf... tapi kalau betul bf awak tu uat salah, tak salah juga awak marah kat dia.. :D

nuRuLain_zAiNi said...

sometimesssss...

Anonymous said...

found your site on del.icio.us today and really liked it.. i bookmarked it and will be back to check it out some more later