Lelaki Cium Ayam??

Alahai, apa nak jadi la dengan dunia kita sekarang ni. macam-macam benda pelik terjadi. Hari tu masa baca berita online, aku terjumpa berita tentang Bayi berkepala dua. Kali ni pula ada berita pelik lelaki cium Ayam!!?? Apa dah jadi ni main cium-cium ayam? Kalau ya pun cium la girlfriend ka boyfriend korang ke kan? Masuk akal juga, ni cium ayam? uuuweeekk!!

Gambar lelaki tersebut bergurau senda dengan ayam tu

Dah cukup, korang jangan muntah kat blog aku  ni... jom baca berita ni... :D


NEW YORK - Agensi pengangkutan awam New York melakukan siasatan berhubung satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki mencium seekor ayam hidup di dalam sebuah tren bawah tanah.

Seorang arkitek, Kylie Kaiser berumur 27 tahun merakamkan imej video itu semasa dia bersama dua rakannya menaiki tren tersebut pada pukul 7 malam pada waktu tempatan Selasa lalu.
"Lelaki itu berbaring di atas lantai, cium, memeluk dan mengangkat ayam itu di dalam tren itu," kata Kaiser kelmarin.

Menurutnya, lelaki itu tidak mengendahkan penumpang lain yang berada di dalam tren tersebut.
Beberapa penumpang yang melihat gelagat lelaki itu turut ketawa.
Kaiser berkata, penampilan lelaki itu menunjukkan dia seperti tidak mempunyai rumah kerana terdapat kereta sorong beli-belah dipenuhi tin minuman di sebelahnya.

*Petikan berita dan gambar dari Kosmo!!

p/s Keadaan dunia sekarang ni membuatkan aku bingung sebingung-bingungnya...

p/s/s korang jangan hairan ya, aku memang suka benda yang pelik-pelik... :D

 

23 Komen:

~eZmALiZa~ said...

yeekkk..! geli je bace..haha..xde pompuan nak dgn dye,dye pon cium je ayam yang nak dgn dye.wakakaka.. :D

sI tEDI said...

pecinta haiwan

aku peluk2 dna cikum kucing x masuk surat khabo pun.

pilih kasih betul wartawan ni!

Amirah Rashid said...

eeuww
geli gilaaa
nasib baik la ade Lampard yg nk dicium
haha :D

deusXmachina® said...

cium perempuan lagi best
erk888

ida said...

euuuw... geli la... ada pl cium ayam...

::SizuKa:: said...

astaghfirullahalazim..mabuk nak cium ayam plak dah.. bek makan. lagi sedap n kenyang~

Nazatul shima said...

ish2..aku rase ayam binatang kegemaran die tu..hehhee..
tpi die bukan kegemaran ayam tuh..;p

feelinblue said...

HAHA

psikotik la tuh..

bese la dunia skang.

sume pelik2.

terus bongkar k~

Anonymous said...

haha...maybe die ni suka mkn kfc kot...

Solehah said...

huhu..mcm2..siap bawak kereta sorong???ganeh2

kawie2020 said...

nasib baik kawie suka makan ayam jer... hehhehehehehhe

Kyuubi_85 said...

@eZmaliza, mungkin takde pompuna nak dengan dia la laki tu mcm tu... dengan yam je... haha

Kyuubi_85 said...

@sI tEDi, ek. ko nak masuk berita gak men peluk2 n cium2 haiwan? normal ke ni lagi? :D

Kyuubi_85 said...

@Amira Rashid, tapi lampard nak ke awak cium dia? hehe..

Kyuubi_85 said...

@deusXmachina, yaya betul tu... aku stuju sangat... haha

Kyuubi_85 said...

@ida, ya tapi mungkin org ni dah gila... tak geli gb dia... mungkin lg best... hehe

Kyuubi_85 said...

@sizuka, ya tu la... tapi org ni dah puas mkn ayam agaknya... tu la pasal..

Kyuubi_85 said...

@nazatul, hahaha... pandai la ko buat lawak.. :D

Kyuubi_85 said...

@feelinblue, ya memang pelik... :D

Kyuubi_85 said...

@Solehah, mungkin baru balik dari shopping kot... tapi lupa pla nak bagi blik troli tu... hehe

Kyuubi_85 said...

@kawie2020, nasib le... :D
kang ko yang masuk muka depan akhbar... haha

maslinamansor said...

kalau la ayam tue leh patuk sampai xnampk bibir org tue....

macam2 perangai skrg nie

Kyuubi_85 said...

@maslinamansor, hahaha... baru padan muka kan? Tapi kan... entah2 org tu gila kot..