Kuasai Bahasa Inggeris


Memang tidak dinafikan lagi bahawa bahasa inggeris ni bahasa yang sangat penting sekarang. Lagipun semua orang tahu kan bahawa bahasa inggeris ni adalah bahasa nombor satu dunia. (Betulkan aku if ada bahasa lain yang dah jadi nombor satu lak)

Jadi, marila kita kuasai bahasa ni, lagipun tak salah kan. Kepada yang dah terrer tu, ok la. Tak kisah pun. Tapi kepada yang belum berapa nak terrer tu, apa kata korang belajar la bahasa ni. Dengar lagu Mariah Carrey ke, tengok filem omputeh ke, biasakan diri dengan bahasa ni.

Aku ni pun belum berapa nak terrer ni, tapi in the process of learning la katakan. Nanti kang, ada pelancong tanya, korang terpinga-pinga tak tahu nak jawab apa. weh, malu beb!!

Aku pernah terdengar cerita tentang seorang artis Malaysia yang terkenal tentang bahasa ni. Kononnya artis ni dalam flight nak ke mana entah, aku pun tak tahu. Nak dijadikan cerita, pramugari pun tanyala kat artis ni,

Pramugari : How would you like you coffee?

Artis : in a cup please..

Hah!!?? weh malu weh!!
Dia tak tahu ke kopi memang diletak dalam cawan? habis tu, nak minta dalam cawan lagi ke?

Sepatutnya jawablah nak dengan gula ka, susu ka, tak nak gula ka,

Nanti, korang tak malu ke, bila ada orang tanya dengan korang,

How should i address you?

Pastu, korang bagi pula alamat rumah dengan orang tu... Adoi maaakkkk!!!

So, aku nak nasihat korang, (ceh memandai pula kyuubi ni nak nasihat2) kalau korang tak nak benda macam tu jadi kat korang, belajar la bahasa tu ye, tak rugi. Kalau korang terrer bahasa inggeris , satu kelebihan pada korang bila nak cari kerja nanti... :D

**pesanan khidmat masyarakat ni dibahawakan oleh kyuubi @ everything beautiful

2 Komen:

M O N I C A said...

err..rasanya sy tauk sapa artis tu..:)

Kyuubi_85 said...

oo ye ke monica? hehehe...biar aje la.. kita je yang tau.. :D