Bayi Berkepala 2?

Dunia ni dah macam-macam benda yang pelik-pelik berlaku. Mungkin ni Tuhan nak tunjukkan kekuasaannya kot. Baru tadi aku terbaca satu berita yang bagi aku agak pelik juga la. Seorang bayi dilahirkan di indonesia dikatakan mempunyai 2 kepala!! adeh, terkejut gak aku baca berita tu. Cerita ni memang pelik, tapi benar. Tak Pernah lagi selama aku hidup ni dengar cerita sedemikian rupa.


Ni sedikit petikan berita tersebut.


Gambar diambil dari Kosmo online

PENDUDUK di Nibung Putih, Muarasabak Barat, Tanjung Jabung Timur dekat sini gempar apabila seorang wanita tempatan, Irawati melahirkan seorang bayi lelaki berkepala dua pada Selasa lalu, lapor akhbar tempatan semalam.
Anak pertama wanita yang berusia 25 tahun itu selamat dilahirkan di rumahnya dengan berat 3.2 kilogram sebelum dibawa ke Hospital Nurdin Hamzah dan kemudian dirujuk ke Hospital Daerah Raden Mattaher di sini kelmarin.
Bayi yang diberi nama Anugrah Arya Suprianta memiliki kepala kedua di perutnya.
Kata bapanya, Abdul Kassim, 29, seorang petani, pada mulanya bayi itu disangka sebagai anak kembar kerana tidak menunjukkan sebarang tanda aneh sepanjang pemeriksaan sebelum dilahirkan.
"Tidak ada gambaran bahawa anak kami akan memiliki kepala dua namun, kami tabah dengan keadaan ini kerana dia adalah amanah Allah," katanya.

Pelik kan?


**petikan berita dari Kosmo!

13 Komen:

sI tEDI said...

Kuasa Allah!

♥SYAFIQAH ♥ said...

yup..kuasa Allah :)

Admin said...

kasihan btl tgk baby tu...
http://pictureoffood.blogspot.com/

kawie2020 said...

Maha Besar Allah....

Kyuubi_85 said...

@sI tEDi, ya dia la yang maha kuasa!!

@SYAFIQAH, aku stuju dengan ko ni..

@Admin, ya, entah cmane dia nak teruskan hidup mcm tu..

@kawie2020, dia la yang tertinggi dan mahakuasa..

maisyara pot! pot! said...

seram yeaa.. sian bby tu..

Allah s.w.t nk tnjuk.. ni la dye.. :)

Kyuubi_85 said...

@maisyara pot! pot!, ya betul tu..

Jard The Great said...

uhukz.. sian baby tu.. huhu

Kyuubi_85 said...

@Jard The Great, ya kesiannya... entah apala dosa baby tu jadi mcm tu kan..

ainShahajar said...

Allah tak pernah jadikan sesuatu itu tanpa sebab dan sia2..

bayi itu memang tak berdosa.. tapi dia yg beruntung sebab terpilih menanggung ujian besar ni

rahsia Allah.. tak akan dapat kita gali =)

Kyuubi_85 said...

@ainShahajar, betul tu.. kita takan tahu niat dia... sesungguhnya kita ni seharusnya sabar menanggung segala dugaan kerana itu semua adalah dtg dari dia yang maha esa... nak uji kita..

ida said...

yup...btl tu... Dia tak akn uji kite ngan sstu yg kt tak tertanggung.. akan ada hikmah d sblik tu..

Kyuubi_85 said...

@ida, ya betul tu.... emsti ada sesuatu yang dia nak buat yang kita takan pernah tahu..