Taman laut Tunku abdul Rahman

Hari tu, dah melawat Membakut dan Lembah Danum kan? Ok, kali ni aku nak bawa korang semua melawat Taman laut Tunku Abdul Rahman pula Atau orang puteh cakap, Tunku Abdul Rahman Marine Park.

Kalau korang nak tengok lebih banyak koleksi gambar tempat ni, korang boleh pergi kat entri ni, Koleksi Gambar Tunku Abdul Rahman Marine Park



Taman laut Tunku abdul rahman ni terletak di negeri sabah di bawah bayu, Dan hanya mengambil masa 10-20 minit dengan menaiki bot laju dari jeti Jesselton Point atau dari jeti Sutera harbour resort.

korang nak tau, tempat ini telah diwartakan sebagai taman laut pada tahun 1974 dan diberi nama sempena Perdana Menteri Pertama Malaysia. terdapat lima buah pulau yang termasuk dalam taman ni, iaitu Pulau Sulug, Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi.

Tempat ni memang cantik, dengan pemandangan lautnya. air yang jernih, hidupan laut yang unik.. memang best la nak bercuti kat dsini..

Korang boleh pergi snorkeling, atau nak pergi menyelam pun boleh juga. Peralatan untuk snorkeling ada disediakan untuk disewa.

Kalau nak lebih mencabar, pergilah menyelam. Peralatan menyelam pun ada untuk disewa kat sini. Tapi pastikan korang tu pandai menyelam dan dapat lesen penyelam. Kalau tak, takut nanti ada benda buruk berlaku kan.



Korang juga boleh memberi makan pada ikan disini. Beli makanan ikan yang dijual dan hulurkan ke dalam air, pasti banyak ikan akan mengerumuninya untuk makan!! best gila... korang nampak tak gambar diatas?? tu la tangan aku masa nak bagi makan dengan ikan-ikan ni!! hehe

pantai disini juga cantik... Putih dan bersih.. seswai gitu kalau nak pegi honeymoon... hehehe.. Romantik..





Dan kalau korang nak tahu lagi, Salah satu dari pulau ni menyimpan tinggalan perang Dunia iaitu di Pulau Manukan.. Jikalau anda kesana, anda akan nampak tinggalan bom perang dunia ke 2..

Hah, nilah dia tinggalan bom tu.

Dan, kalau korang merancang nak stay semalaman ke beberapa malam ke, terdapat beberapa buah chalet yang korang boleh pergi kat sini. Boleh menikmati suasana malam di pulau kan? :D

So, sesiapa yang berminat nak lawat sabah musim cuti nanti,  luangkan la masa ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman ni. Memang berbaloi.

2 Komen:

Nur Hidayah Yahya said...

saya pi pulau manukan je~hehehe

Anonymous said...

Valuable info. Lucky me I found your site by accident, I bookmarked it.