Mari baca lawak

Pada suatu hari, 2 orang kaya sedang bersembang sambil menikmati kopi. Salah seorang daripada mereka berkata, "hei, ko tau pemandu aku tu bodoh betul. Kalau awak tak percaya, mari aku tunjukkan". Dia memanggil pemandunya Ah beng dan berkata, " Ah Beng, ini duit RM10, pergi ke pameran kereta dan belikan saya sebuah mercedes." Ah Beng menjawab, "ya tuan saya akan pergi dengan segera dan dia pun bergegas ke pameran kereta tersebut.

Orang kaya itu berpaling sambil berkata kepada rakannya seraya berkata, "Awak nampak tak? Saya dah bagitau awak dia ni sangat bodoh".

Orang kaya yang seorang lagi pun berkata, " yang tu tak dikira bodoh lagi, awak nak tengok yang lebih bodoh?" dia pun memanggil pemandunya Ali dan berkata, " ali, pulang ke rumah dan periksa jika saya berada di rumah".Sambil menjawab, " Ya tuan, sekarang juga saya pergi."
"See, i told you, dia ni takda otak sehingga dia tak terfikir jika saya berada disini, mana mungkin saya akan berada di rumah".

beberapa lama kemudian, kedua-dua pemandu tersebut terjumpa di pertengahan jalan. Ah Beng berkata kepada ali, "Hei, bos saya bodoh betul. dia memberi saya RM10 dan dia menyuruh saya pergi ke pameran kereta dan minta belikan sebuah kereta Mercedes... Takan dia tak tau, hari ni adalah hari ahad lah, pameran tu tutup...

Ali menjawab, "awak fikir bos awak tu bodoh sangat ke? my boss lagi la teruk, dia menyuruh saya pergi ke rumah dan periksa sekiranya dia d rumah, Dia ada handphone lah!! kenapa tak telefon rumah untuk periksa??

2 Komen:

Anonymous said...

haha... lucu la..mana jg ko dpt cerite ni??

Kyuubi_85 said...

hahaha... yang ni aku tebaca dari sebuah majalah, tapi dah lupa la majalah apa..